Bismillahirahmanirahim .....
sejujurnya setiap bait kata yang ku sampaikan bukan tujuan aku mendabik dada
kerna aku juga bukan insan yang sempurna
hanya manusia biasa yang sering leka dan alpha
oleh itu pimpinlah dikala aku tersasar
bukan herdik menghina
berilah aku peluang untuk bangkit semula
heretlah aku meniti ke jalan syurga
ada kala setiap kata mengguris hati
andai lidah dan anggota ini pernah menyakiti
maafkan segala salah silap ku di dunia mahupun di akhirat nanti
wahai sahabatku,
perjalanan di dunia ini hanya sementara
akhirat jua kekal selamanya
jadi,pilihlah jalan yang di redhai-Nya
sesungguhnya dunia adalah penjara buat orang beriman dan syurga bagi orang kafir
laluilah jalan perit dan penuh gersang kerana disebalik keperitan ada kebahagiaan
ingat Allah kala susah mahupun senang,insyaAllah Allah tidak pernah melupakanmu
2 comments:
semoga terus istiqamah kakak...biarpun pandangan manusia itu menduga,usah pedulikan mereka yang mengata...
biarkan pandangan Allah sebagai matlamat kita....
wowww, puitis betul ayatnya,, sampai ke hatii
Post a Comment