dalam hati setiap insan yang beragama islam pasti terdetik dihati mereka untuk menjadi yang lebih baik !
ada yang cuba berubah ke arah baik tapi kecundang akibat tidak dapat menahan gelora nafsu
ada yang cuba untuk berubah tapi mendapat tentangan
mereka cuba untuk berubah tetapi
kawan2 mula sindir "eleh,macam baik sangat ! dulu kau jahat juga!"
ada yang "obses alim" semuanya dikatakan haram ! itu tak boleh! ini tak boleh !
macam nak suruh kawan tu terus berubah 100% walhal diri sendiri pun belum tentu bersih 100% dari dosa ! Allahurabbi ......
wahai sahabat ..... kentalkan jiwa dan mohon kekuatan dari Allah ! benda yang baik memang sukar dan perit perjalanannya kerana itulah yang dinamakan "JIHAD" !
sedang sumaiyah disula kerana pertahankan agama
Rasululah dilempar batu kerana berdakwah
inikan kita manusia yang sentiasa melakukan dosa? Allah ....
percayalah,keperitannya hanya seketika dan 1 masa nanti kamu akan merasai kenikmatan yang tidak terperi !! Subhanallah ....
bagi sokongan pada kawan2 yang hendak berubah disamping kita juga cuba untuk mengubah diri kearah yang lebih baik ! jangan berputus asa dalam berdakwah kerana itu perjuangan !
ya ! perjuangan dalam menegakkan agama islam! andai kamu sedang sibuk berdakwah menegakkan agama Allah kemudian malaikat izrail mencabut nyawamu,MasyaAllah... beruntunglah kerana kamu SYAHID DI JALAN ALLAH !
sedang Rasulullah pun merasa sakit ketika dicabut nyawa sedangkan malaikat mencabut sehabis2 lembut ! inikan kita yang penuh dengan dosa ......
berubahlah ... malaikat izrail memerhatimu 70x sehari !! BILA2 MASA SAJA NYAWA KAMU AKAN DIAMBIL !!!!!!!!
Kita umat akhir zaman,banyak dugaan ! couple , fesyen , rempit dan banyak lagi ...
berapa ramai remaja kita tewas hanya kerana cinta?
frust ! sanggup gadaikan maruah ! bangga berpimpin tangan !
fesyen? berapa ramai yang pakai tudung tapi baju ketat? lelaki shortpant? mewarna rambut?
memang di akhir zaman ini semua maksiat manis didepan mata kerana iblis bermaharajalela ! tapi ALLAH ITU MAHA MELIHAT dan jangan disangka malaikat dikanan kirimu tidak mencatat semua perbuatan mu dan akan ditayangkan pada semua manusia di padang mahsyar nanti !!!! malu !!! Allah.....
jangan menunding tapi membimbing .... tegakkan hati dalam mengejar rahmat Allah ! moga kita semua terlindung dari azab api neraka dan mati dalam keadaan baik , Ameen ...
ASTAGHFIRULLAHAL A'ZIM ... ALLAH,LINDUNGILAH KAMI,BANTULAH KAMI UMAT AKHIR ZAMAN INI YA ALLAH ! JANGAN KAU PESONGKAN HATI KAMI SESUDAH KAU MEMBERI PETUNJUK KEPADA KAMI .. :'(
# aku juga sedang berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik,insyaAllah ......
No comments:
Post a Comment