Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Thursday, 5 July 2018

Trip To Malaysia: Sabah

Trip ke Sabah selama 5 hari 4 malam kali ni aku pergi dengan kawan-kawan aku seramai 10 orang. 8 orang dari semenanjung, 2 orang lagi memang dari Sabah. Aku pergi Sabah menaiki flight air asia, total flight pergi balik RM250. Flight ni dah dibooking 3 bulan sebelum trip. Aku kalau pergi mana-mana biasa aku cuma bawa beg backpacker galas belakang je senang bawa terus naik flight, tak perlu sewa cabin untuk letak laugage. Untuk Pengetahuan korang, sabah ni 1 jam awal dari semenanjung. Dekat sabah pukul 5 pagi dah azan subuh. Perjalanan dari KLIA ke Sabah mengambil masa lebih kurang 1 jam 35 minit macam tu. 

Sementara tunggu flight pukul 6.15 pagi, lepak lah dulu dekat KLIA. Kami sampai KLIA jam 12 tengahmalam. Ingat nak tidur dekat KLIA tapi bila dah jumpa tak sempat tidur! Masing-masing nak membawang. Aku? Seperti biasa sibuk dengan makan!

Dekat sabah aku dan kawan-kawan aku naik van selama 5 hari 4 malam kami disana. Memandangkan van ni kepunyaan kawan kami, jadi tak perlu bayar sewa cuma bayar duit minyak je untuk 5 hari. Total RM150 per person.

Sampai kat sabah, kami sewa homestay berharga RM100 1 malam. Memandangkan kami 10 orang so bahagikan lah, cuma RM10 seorang untuk 1 malam. Bilik pun selesa, ada aircond dan 2 katil queen. Mujurlah kami semua satu kepala jenis tak kisah tidur merempat pun. Tak muat, tidur atas lantai pun boleh.

First trip,pagi-pagi kami terus pergi ke pulau semporna sebab dari awal memang plan nak pergi snorkeling! Harga snorkeling RM80 seorang termasuk makan tengahari. Sebelum pergi snorkeling, pihak yang guide untuk snorkeling ni bawa kami pergi hiking dulu di pulau semporna. Nak pergi hiking tu kena pergi naik boat sebab bukit tu di pulau. Dalam perjalanan nak pergi hiking tu nanti, boat akan lalu diperkampungan air. Dekat sini korang jangan terkejut pula jika tiba-tiba ada budak-budak naik sampan minta makanan! Itu memang kebiasaan jadi sediakan lah makanan-makanan ringan untuk disumbangkan dekat perkampungan air tu nanti. Sampai je di bukit semporna, kami buat warmup sikit dan terus hiking.

Subhanallah! View dari atas bukit semporna. Seriously cantik sangat! 

Bila dah siap hiking kami terus naik boat untuk pergi snorkeling. Kami dah bawa siap-siap roti untuk bagi makan pada ikan nanti. So kalau korang nak ikan datang, jangan lupa bawa roti banyak-banyak.

Baru lepas hiking, masing-masing excited nak pergi snorkeling.

Snorkeling time! Banyak sangat ikan sampai tak nampak muka aku. Air memang jernih yang amat! View dalam laut pun cantik!

Dah habis snorkeling, pergilah bilas badan dan tukar baju. Kat pulau ni tandas memang K.O lah. Agak kotor. Nak masuk toilet kena bayar, yela zaman sekarang mana ada yang free. Harga masuk toilet ikut hajat kau nak buat apa. Kalau nak buang air harganya murah sikit, kalau nak mandi harga lain dan mahal sikit. Dah siap tukar baju, Dari Semporna kami terus gerak ke Lahad Datu. Perjalanan tu aku rasa ada lah dalam 2 jam. Lahad Datu ni rumah kawan kami di Sabah. Jadi kami menginap lah sehari di rumah kawan kami. Dekat Lahad Datu, kawan kami dari Sabah ajak makan coto marcassar. 1 mangkuk tu harga dalam RM6-RM7 depends kau nak coto ayam atau daging. Coto ni macam soto tapi lagi sedap dari soto! Coto ni dimakan dengan burasak (macam nasi impit tapi dibungkus dengan daun).

Inilah rupa coto makassar. Yang ni aku order coto ayam. Sedap! Rasa dia pekat lagi dari soto dan ada rasa masam sikit sebab perah limau nipis. 

Perempuan. Dia akan gembira bila perut dah kenyang.

Lepas makan coto, kawan aku dari sabah ni bawa kami jumpa saudara mara dia. Dekat sana kami dihidangkan dengan kuih special, kuih bugis. Aku lupa nama kuih tu apa.

Inilah rupa kuih bugis tu. Yang putih tu rasa macam biskut baby tapi gebu sangat! Lagi gebu dari biskut baby. Yang lagi satu tu rasanya macam kuih berderam/kuih telinga keling. Makan panas-panas diwaktu petang, memang layan habis.

Keesokan harinya, kami semua gerak ke Ranau. Dekat Ranau kami pergi ke fish massage. Dekat sini sekali masuk cuma 15 minit saja dan bayarannya RM5 seorang. Kalau nak bagi makan ikan boleh beli makanan ikan, cuma 50sen sepeket. Kat sini ikan-ikan tu akan gigit-gigit kaki korang, katanya untuk buang kulit mati dan kalau kaki ada ketuat ke luka ke, boleh sembuh dengan izinNya. Aku pun tak pasti soheh ke tak cuma rasa kena gigit tu ada yang rasa geli, kalau bapak ikan yang gigit rasa la sakit sikit.

Kat sini korang akan dibagi nombor sebelum masuk. Selepas 15 minit, mereka akan announce nombor korang menandakan masa dah tamat. So kena take a note la nombor yang korang dapat tu. 

Next kami pergi ke ladang arnab. Kat sini ada juga haiwan kucing dan hamster tapi lain tempat haiwan lainlah bayarannya so kami pilih nak main arnab. Kat sini pun sama juga bayaran masuk RM5, kalau nak beli makanan arnab cas 50sen sepeket.

Kat sini macam-macam baka arnab ada dan comel sangat! Cuma satu je lah aku tak tahan, najis arnab bersepah-sepah.

Next, kami pergi ke Sabah Tea. Takde buat apa pun kat sini. Saja makan angin dan viewnya macam di cameron highland. Kat sini tidak dikenakan apa-apa bayaran melainkan kalau nak beli teh atau makan disitu, tu lain ceritalah.

Dari sabah tea ni korang dah boleh nampak view gunung kinabalu.

Lastly barulah kami ke Desa Fairy Farm yang viral macam new zealand tu kan. Kat sini masuk kena bayar RM4.70 dan boleh stay sampai petang sebab pulul 6 lebih tu dah nak tutup dah. Better datang pagi sebab pukul 12 tengahari-1petang pihak fairy farm ni akan keluarkan lembu-lembu dan perahkan susu lembu. Kat sini korang boleh dapatkan aiskrim fresh 100% milk. Ada 2 flavour, coklat dan pure milk. Sebab aku Chocolate lover so aku beli aiskrim perisa coklat dan susu coklat. Dekat sini pun korang boleh dapatkan susu segar, ada perisa coklat, fresh milk dan coffee. Memang sedap!

At Desa Fairy Farm, Kundasang Sabah. Cuaca memang sejuk sangat kat sini plus udara fresh atas gunung memang nyaman dan tenang je fikiran ni. Masa aku pergi tu, dekat phone aku tu weather detect suhu 16 darjah celcius.

Hari kelima, hari terakhir sebelum nak balik ke semenanjung kami sempatlah shopping sekejap beli souvenir nak bagi pada family.

Dekat sini korang kena rajin tawaf satu pasar then baru decide nak beli dekat mana sebab ada certain tempat harga cekik darah. Oh ya, dekat area pasar ni ada food court, kami ada juga makan malam disitu dengan harapan nak lepas kempunan makan seafood. Aku rasa seafood dekat sabah ni murah kalau kau beli dekat pasar yang mentah tu, bukan beli dan makan dikedai sebab kawan aku order udang seekor size kecil dari tapak tangan harga RM10.

So total trip aku kesabah termasuk flight tak sampai RM500. Lagi pun aku bukan jenis kaki shopping so memang save la budget aku. 





Sunday, 29 October 2017

Trip To Malaysia:Pulau Pinang

Sebenarnya ni kali ketiga aku jejak kaki ke utara. First aku pergi Ulu Kinta sebab ada Kem PGA selama seminggu. Kali kedua aku pergi kedah sebab nak buat suprise dekat boyfriend aku. Pakwe aku study dekat kedah so konon nak buat suprise, aku dengan kawan aku gigih drive hampir 7 jam bersama sejambak coklat untuk pakwe aku. Nasib baiklah suprise menjadi haha. Cuma kali kedua tu aku sempat jalan-jalan dekat kedah kejap je sebab aku pergi sana cuma 2 hari 1 malam. So kali ketiga ni aku nak lah jalan area pulau pinang pula. Cuma kali ni trip agak lama sikit selama 3 hari. Sebab tak larat nak drive jauh so kali ni aku decide pergi ke kedah naik flight air asia. Total tiket flight dari KLIA ke kedah pergi balik RM70. Perjalanan dari KLIA ke kedah lebih kurang setengah jam.

Sampai dikedah,aku menginap dekat rumah kawan aku merangkap kawan sekelas aku kat universiti. Aku pergi pulau pinang dengan pakwe aku dan kawan aku. Pukul 10 pagi pakwe aku pickup aku dengan kawan aku dekat KTM naik kereta terus pergi pulau pinang. Gitchu kan jaga halal gap keluar dengan pakwe mesti ada kawan sekali.

Mula-mula aku pergi penang hills. Kat sini banyak tempat-tempat cantik untuk ambil gambar. Sebelum masuk, kena tunjuk IC dan bayar RM10 untuk bayaran cable car nak naik ke atas penang hills tu. Harga tiket berubah-ubah, hari weekend atau cuti umum mahal sikit. Aku pergi hari biasa, bukan waktu cuti. Aku nasihatkan kalau nak pergi penang hills ni korang makan lah kenyang-kenyang dulu sebab makanan dekat penang hills ni mahal. Makanan yang paling famous dekat penang hills ni aiskrim dengan buah-buahan. Harga bergantung pada design. Makin meriah aiskrim dengan buah dalam mangkuk tu makin mahal lah harganya. Ada yang cecah sampai RM20 semangkuk! Rasanya biasa-biasa je. Pada aku tak berbaloi untuk beli. Mula-mula aku expect rasa buah-buahan tu manis ala-ala dekat cameron highland rupanya indah khabar dari rupa.

View dari atas penang hills. Hello pulau pinang!

Salah satu tempat shoot gambar yang famous di penang hills. 

Lepastu aku jalan-jalan dekat pulau pinang then singgah dekat Street art kat pulau pinang ni. Benda pertama aku aim nak beli ialah air batu campur. Sebab aku duk tengok asal orang pergi pineng je orang beli air batu campur ni so aku teringin juga lah nak rasa sedap ke idok. Rupanya biasa-biasa je rasanya. Ibarat macam kau kisar air batu lepastu letak cordial, settle! Harga RM2 satu.

Itulah air batu campurnya. Aku tak berjaya habiskan, lastly aku pass dekat member aku.

Street art pulau pinang

Lepas dah puas berjalan dekat street art tu, aku teringin la nak rasa cucur dekat utara ni. Pasemboq member aku kata. Kalau dekat tempat aku, cucur udang ni makan dengan sambal kacang. Memang padu! Tapi dekat utara ni, cucur makan dengan sambal lada. Macam sos keropok tu jadi tak kena dengan tekak aku rasanya tu. Malam tu pula aku pergi ke Avatar. Tempat ni memang cantik sebab penuh dengan lampu. Kalau nak pergi memang kena pergi malam lah. Cuma aku tak suka environmentnya kawasan tokong cina. Sebelum nak masuk avatar tu memang penuh lah asap-asap colok dan aku rasa kalau pergi tu janganlah duk bergalak sakan, baca lah apa yang patut sebab dalam hutan dan area tokong. Faham-fahamlah macam mana kan.


Avatar place, Pulau Pinang with my friends.

By the way, thank you so much to my friend and her family bagi tumpang tidur rumah. Pada aku, kedah ni banyak tempat yang cantik and totally i like it so much! 



Wednesday, 18 October 2017

Trip To Cambodia:Phnom Penh

Phnom Penh ni merupakan ibu negara dan bandaraya terbesar di Cambodia aka Kemboja. Trip ke kemboja ni selama 6 hari 5 malam. Aku pergi ke Kemboja menaiki pesawat MAS so total flight pergi balik termasuk makan dalam RM700 macam tu dan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Kemboja. Sebenarnya naik pesawat MAS ni pada aku lebih selesa sebab ada TV dekat sit dan tempat USB untuk kau cas phone dalam flight berbanding dengan air asia, TV pun takde, tempat nak cas pun takde so agak quite bosan juga lah kalau perjalanan kau makan masa sampai 6 ke 7 jam tapi kelebihan air asia kalau rajin stalk tiket memang kau akan dapat harga mur mur murah menjunam!

So total perjalanan dari Malaysia ke Kemboja lebih kurang 2 jam lebih. Beza masa antara Malaysia dengan Kemboja dalam 1 jam je. Contoh kat Malaysia pukul 6 pagi, kat kemboja dah 7 pagi tapi schedule kat Kemboja lagi cepat dari Malaysia! Pukul 4 pagi dah cerah macam pukul 7 pagi weh! Kat Kemboja pukul 5 pagi tu orang dah sibuk nak pergi kerja tapi malam pun awal juga lah. Pukul 7 petang dah nak masuk waktu isya!

For your information, dekat kemboja biasanya pakat duit dalam USD. 

Bandar Phnom Penh ni kalau waktu pack hour especially waktu balik kerja, memang dia punya jem tak boleh bawak bincang. Aku ronda phnom penh ni naik bas je senang. Pada aku kemboja ni makanan lebih kurang di thailand, semua sedap-sedap! Cuma kalau pergi ke pasar malam atau gerai tepi jalan tu hati-hati ketika membeli makanan. Kadang-kadang mereka jual je makanan sebelah gerai orang jual babi. Even makanan tu halal tapi kalau dah jual sebelah kedai pork, tergamak ke kau nak makan? Kalau aku memang tak lah. Kalau jalan sekitar kemboja ni dinasihatkan jaga beg korang sebab banyak kaki-kaki songlap! Dekat kemboja ni korang tak perlu risau bab solat sebab ada je masjid di kemboja. Lagipun rakyat kemboja ni boleh kata ramai yang muslim cuma kelemahan 1 je la, dari segi bahasa. Tak semua rakyat kemboja tahu berbahasa inggeris! Kalau communicate dengan orang kampung memang akan jadi macam itik dengan ayam la ceritanya.

Salah satu masjid di Phnom Penh, Kemboja.

Masa aku di Kemboja, aku sempatlah melawat kedutaan Malaysia Phnom Penh. Staff kat Sini semua warganegara Malaysia dan fungsi kedutaan ni salah satunya bantu pelajar-pelajar Malaysia yang sambung belajar di Kemboja atau ada rakyat Malaysia yang datang Kemboja tetapi ada masalah passport dan sebagainya. Aku pernahlah stalker dekat laman kerja berkenaan kerja di kedutaan Malaysia di Kemboja ni, gaji asyukkk sebulan minimum RM16K! Kau rasa? Tapi seksa jugalah kena tinggal keluarga, kalau dah kahwin kena pindah randah, nak cari sekolah anak lagi.

Kedutaan Malaysia Phnom Penh, Kemboja. 

Selain tu, aku berpengalaman masuk ke kampung-kampung di Phnom Penh. Aku round kampung naik tuk tuk. Benda yang paling best dekat kampung tu, aku dapat rasa air kelapa fresh ambil kat pokok. Seriously memang sedap sangat air kepala kat kemboja! Memang manis dan lemak! Agak berbeza juga rasanya dari di Malaysia. Kat situ, aku ada melawat orang-orang susah. Ada sesetengah rakyat kemboja yang miskin, tempat tinggal mereka cuma didalam kapal yang agak usang. Agak tersentuh juga jiwa aku masa masuk ke kawasan pendalaman Phnom Penh. Mereka ajar aku erti nikmat syukur.
Ini lah tuk tuk yang aku naik untuk round kampung. Adalah drivernya, bukan aku yang bawak.

Waktu malam pula, aku berkesempatan nikmati makan malam atas kapal yang tengah belayar. Dinner cruise gitchuuu! Nyaman dan tenang je rasa melihat keindahan alam sambil menjamu selera.

Dinner cruise di bandar Phnom Penh. Masa ni dah nak malam dah. 

Overall aku rasa kalau nak shopping dekat Kemboja ni agak murah lah dari di Malaysia. Contoh beg packer ori brand Dunter, dekat Malaysia mahu cecah RM100 tapi dekat kemboja RM20 je dah boleh dapat. Kena pandai bodek tuan kedai lah nak harga murah. Biasa penjual-penjual di Kemboja, mereka tahu bercakap dalam bahasa inggeris, ada yang tahu cakap dalam bahasa melayu. Aku pergi ke kemboja ni under tourist guide, total hangus aku kesana RM1500 include flight ticket, tidak termasuk duit belanja. Kat kemboja, 1 benda aku tak boleh move on iaitu air kopi.

Costa di Cambodia airport sementara tunggu flight nak balik Malaysia

Aku bukanlah Coffee addicted tapi first time aku minum kopi dekat kemboja ni memang sedap! Dia panggang biji kopi, brew then buat air, memang harum bau kedai tu dengan bauan kopi tapi kena pandai cari tempat lah. Masa aku jalan area pantai, aku beli kopi harga dalam RM6. Kalau bantai beli dekat costa harga dia rating macam starbuck lah dalam RM20. Tapi aku rasa costa ni lagi sedap dari starbuck! Kat Malaysia cuma ada costa layan diri je kan kat kedai atau stesyen minyak tapi di Kemboja kedai Costa dia ala-ala kedai starbuck! Yang hot, cold, blend semua ada!

Please Costa bukalah 1 cawangan kat Malaysia.