Alhamdulillah,aku dah selamat tauliah pada 20/8/2017 hari tu tapi baru hari ni berkesempatan untuk menaip. Hampir 1200 orang pegawai ditauliahkan ketika majlis istiadat tu. Pejam celik sekejap je masa berlalu,macam tu juga dengan perasaan horror yang aku rasa sepanjang musim training polis ni. Finally,im official Inspektor Chenta.
Done tauliah
With Timbalan Ketua Polis Negara (sedih sebab Dato KP tak dapat hadir kerana ada urusan)
Sepanjang aku menjalani latihan untuk kawad tamat perbarisan ni, kata-kata SI baris aku selalu terngiang-ngiang kat telinga. Beliau selalu pesan,buat apa-apa kerja MESTI IKHLAS! Maklumlah bila bergelumang dalam bidang PDRM ni setakat caci maki marba tu ibarat halwa telinga. Yang paling best bila kau kena maki tengah-tengah padang kawad depan orang ramai haha. Nak tak nak hati kena kering, mindset kena selalu positif. Masa kawad pula dari pagi sampai ke petang. pukul 6.15 pagi dah kena tercagat dekat padang kawad sambil junjung senjata. Memang hari-hari waktu tidur aku pukul 11 malam, bangun pukul 4 pagi berebut jamban nak mandi. Nak melawa, makeup memang tak sempat lah ceritanya,balik kawad rentung juga.Mungkin sebab tu lah sampai sekarang kalau pergi mana-mana aku lebih suka style simple, no makeup dan semuanya aku nak buat cepat,tak suka terhegeh-hegeh.Thats why siapa yang dapat GF/BF badan beruniform tu mohon bertabahlah ye. Nak mesej good night sebelum tidur pun rasa macam baru lepas minum wine 4 botol, tak larat beb. Balik kawad nak kena iron baju, kiwi kasut kawad lagi. Kadang-kadang nak makan pun aku rasa malas sebab penat yang amat. Bila buat salah waktu kawad, azab lah kena denda pumping dekat atas jalan tar yang panas gila tu, kena berlari keliling padang kawad seluas padang bola 5 round dan yang paling azab,sorang buat salah semua kena! Masa kawad,stamina kena kuat kalau tak memang pengsan la time kawad tu. Alhamdulillah, berkat selalu kena ragging, tak pengsan juga aku. terima kasih jurulatih haha.
Sepanjang aku training,ada 4 ujian WAJIB kena hadap. First ujian undang-undang PDRM,second ujian menembak (M16&Revolver), ujian kawad dan lastly ujian larian 2.4KM. Ujian larian 2.4KM ni kena bawah 16 minit kalau tak cacatlah rekod,terus dapat markah kosong.
Kenangan di PULAPOL Bukit Aman.
Selain training,banyak juga kem yang kena ikut tapi dalam banyak-banyak kem aku paling bengang kem PGA la haha. kena hiking 3 bukit masa tengahari tegak, kena rendam dalam lumpur yang maha dalam tu. Masa ni aku rasa macam badak air je,hidung dengan mata je timbul kat permukaan. Satu badan dah tenggelam dalam lumpur. Malam pula tidur cuma berbalutkan plastik hitam (rasa macam anak kena buang je) bertemankan pacat dan lintah. Kalau hujan,tidur je lah sambil telan air hujan tu. Sebelum tidur memang aku balun member aku punya krim penghalau nyamuk letak dekat muka dengan harapan takde pacat yang masuk dalam lubang hidung. Motif sangat pakai krim penghalau nyamuk. Aku tak kira dah muka aku jahanam asalkan tak kena gigit pacat sudah. Selain kem PGA ni banyak lagi la kem yang best macam berkayak, redah sungai, redah air terjun.
Muka barai balik dorm lepas training kat hutan. Kem PGA, Ulu Kinta Perak.
So far best sebenarnya masuk badan beruniform ni. Selain daripada latih diri untuk jadi lebih berdisiplin, dapat juga latih diri untuk rasa lebih yakin. Banyak sebenarnya kenangan-kenangan yang best gila aku nak cerita tapi tak mampu nak taip sebab tersangatlah banyak dan tak mampu diungkapkan oleh kata-kata.
Masa dalam latihan untuk tauliah. Rentung gila muka aku!
Latihan kawad senjata sebelum beberapa hari lagi nak tauliah.
My friend and my love. Thanks guys for coming! Much love!
Akhir kata,nak ucapakan banyak-banyak terima kasih pada semua jurulatih aku,pegawai penyelaras, family,kawan-kawan dan semua yang selalu bagi support. Moga ukhuwah kita terjalin sampai syurga insyaAllah :)
No comments:
Post a Comment