Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Wednesday, 18 October 2017

Trip To Cambodia:Phnom Penh

Phnom Penh ni merupakan ibu negara dan bandaraya terbesar di Cambodia aka Kemboja. Trip ke kemboja ni selama 6 hari 5 malam. Aku pergi ke Kemboja menaiki pesawat MAS so total flight pergi balik termasuk makan dalam RM700 macam tu dan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Kemboja. Sebenarnya naik pesawat MAS ni pada aku lebih selesa sebab ada TV dekat sit dan tempat USB untuk kau cas phone dalam flight berbanding dengan air asia, TV pun takde, tempat nak cas pun takde so agak quite bosan juga lah kalau perjalanan kau makan masa sampai 6 ke 7 jam tapi kelebihan air asia kalau rajin stalk tiket memang kau akan dapat harga mur mur murah menjunam!

So total perjalanan dari Malaysia ke Kemboja lebih kurang 2 jam lebih. Beza masa antara Malaysia dengan Kemboja dalam 1 jam je. Contoh kat Malaysia pukul 6 pagi, kat kemboja dah 7 pagi tapi schedule kat Kemboja lagi cepat dari Malaysia! Pukul 4 pagi dah cerah macam pukul 7 pagi weh! Kat Kemboja pukul 5 pagi tu orang dah sibuk nak pergi kerja tapi malam pun awal juga lah. Pukul 7 petang dah nak masuk waktu isya!

For your information, dekat kemboja biasanya pakat duit dalam USD. 

Bandar Phnom Penh ni kalau waktu pack hour especially waktu balik kerja, memang dia punya jem tak boleh bawak bincang. Aku ronda phnom penh ni naik bas je senang. Pada aku kemboja ni makanan lebih kurang di thailand, semua sedap-sedap! Cuma kalau pergi ke pasar malam atau gerai tepi jalan tu hati-hati ketika membeli makanan. Kadang-kadang mereka jual je makanan sebelah gerai orang jual babi. Even makanan tu halal tapi kalau dah jual sebelah kedai pork, tergamak ke kau nak makan? Kalau aku memang tak lah. Kalau jalan sekitar kemboja ni dinasihatkan jaga beg korang sebab banyak kaki-kaki songlap! Dekat kemboja ni korang tak perlu risau bab solat sebab ada je masjid di kemboja. Lagipun rakyat kemboja ni boleh kata ramai yang muslim cuma kelemahan 1 je la, dari segi bahasa. Tak semua rakyat kemboja tahu berbahasa inggeris! Kalau communicate dengan orang kampung memang akan jadi macam itik dengan ayam la ceritanya.

Salah satu masjid di Phnom Penh, Kemboja.

Masa aku di Kemboja, aku sempatlah melawat kedutaan Malaysia Phnom Penh. Staff kat Sini semua warganegara Malaysia dan fungsi kedutaan ni salah satunya bantu pelajar-pelajar Malaysia yang sambung belajar di Kemboja atau ada rakyat Malaysia yang datang Kemboja tetapi ada masalah passport dan sebagainya. Aku pernahlah stalker dekat laman kerja berkenaan kerja di kedutaan Malaysia di Kemboja ni, gaji asyukkk sebulan minimum RM16K! Kau rasa? Tapi seksa jugalah kena tinggal keluarga, kalau dah kahwin kena pindah randah, nak cari sekolah anak lagi.

Kedutaan Malaysia Phnom Penh, Kemboja. 

Selain tu, aku berpengalaman masuk ke kampung-kampung di Phnom Penh. Aku round kampung naik tuk tuk. Benda yang paling best dekat kampung tu, aku dapat rasa air kelapa fresh ambil kat pokok. Seriously memang sedap sangat air kepala kat kemboja! Memang manis dan lemak! Agak berbeza juga rasanya dari di Malaysia. Kat situ, aku ada melawat orang-orang susah. Ada sesetengah rakyat kemboja yang miskin, tempat tinggal mereka cuma didalam kapal yang agak usang. Agak tersentuh juga jiwa aku masa masuk ke kawasan pendalaman Phnom Penh. Mereka ajar aku erti nikmat syukur.
Ini lah tuk tuk yang aku naik untuk round kampung. Adalah drivernya, bukan aku yang bawak.

Waktu malam pula, aku berkesempatan nikmati makan malam atas kapal yang tengah belayar. Dinner cruise gitchuuu! Nyaman dan tenang je rasa melihat keindahan alam sambil menjamu selera.

Dinner cruise di bandar Phnom Penh. Masa ni dah nak malam dah. 

Overall aku rasa kalau nak shopping dekat Kemboja ni agak murah lah dari di Malaysia. Contoh beg packer ori brand Dunter, dekat Malaysia mahu cecah RM100 tapi dekat kemboja RM20 je dah boleh dapat. Kena pandai bodek tuan kedai lah nak harga murah. Biasa penjual-penjual di Kemboja, mereka tahu bercakap dalam bahasa inggeris, ada yang tahu cakap dalam bahasa melayu. Aku pergi ke kemboja ni under tourist guide, total hangus aku kesana RM1500 include flight ticket, tidak termasuk duit belanja. Kat kemboja, 1 benda aku tak boleh move on iaitu air kopi.

Costa di Cambodia airport sementara tunggu flight nak balik Malaysia

Aku bukanlah Coffee addicted tapi first time aku minum kopi dekat kemboja ni memang sedap! Dia panggang biji kopi, brew then buat air, memang harum bau kedai tu dengan bauan kopi tapi kena pandai cari tempat lah. Masa aku jalan area pantai, aku beli kopi harga dalam RM6. Kalau bantai beli dekat costa harga dia rating macam starbuck lah dalam RM20. Tapi aku rasa costa ni lagi sedap dari starbuck! Kat Malaysia cuma ada costa layan diri je kan kat kedai atau stesyen minyak tapi di Kemboja kedai Costa dia ala-ala kedai starbuck! Yang hot, cold, blend semua ada!

Please Costa bukalah 1 cawangan kat Malaysia. 



No comments: