Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Thursday, 5 July 2018

Trip To Malaysia: Sabah

Trip ke Sabah selama 5 hari 4 malam kali ni aku pergi dengan kawan-kawan aku seramai 10 orang. 8 orang dari semenanjung, 2 orang lagi memang dari Sabah. Aku pergi Sabah menaiki flight air asia, total flight pergi balik RM250. Flight ni dah dibooking 3 bulan sebelum trip. Aku kalau pergi mana-mana biasa aku cuma bawa beg backpacker galas belakang je senang bawa terus naik flight, tak perlu sewa cabin untuk letak laugage. Untuk Pengetahuan korang, sabah ni 1 jam awal dari semenanjung. Dekat sabah pukul 5 pagi dah azan subuh. Perjalanan dari KLIA ke Sabah mengambil masa lebih kurang 1 jam 35 minit macam tu. 

Sementara tunggu flight pukul 6.15 pagi, lepak lah dulu dekat KLIA. Kami sampai KLIA jam 12 tengahmalam. Ingat nak tidur dekat KLIA tapi bila dah jumpa tak sempat tidur! Masing-masing nak membawang. Aku? Seperti biasa sibuk dengan makan!

Dekat sabah aku dan kawan-kawan aku naik van selama 5 hari 4 malam kami disana. Memandangkan van ni kepunyaan kawan kami, jadi tak perlu bayar sewa cuma bayar duit minyak je untuk 5 hari. Total RM150 per person.

Sampai kat sabah, kami sewa homestay berharga RM100 1 malam. Memandangkan kami 10 orang so bahagikan lah, cuma RM10 seorang untuk 1 malam. Bilik pun selesa, ada aircond dan 2 katil queen. Mujurlah kami semua satu kepala jenis tak kisah tidur merempat pun. Tak muat, tidur atas lantai pun boleh.

First trip,pagi-pagi kami terus pergi ke pulau semporna sebab dari awal memang plan nak pergi snorkeling! Harga snorkeling RM80 seorang termasuk makan tengahari. Sebelum pergi snorkeling, pihak yang guide untuk snorkeling ni bawa kami pergi hiking dulu di pulau semporna. Nak pergi hiking tu kena pergi naik boat sebab bukit tu di pulau. Dalam perjalanan nak pergi hiking tu nanti, boat akan lalu diperkampungan air. Dekat sini korang jangan terkejut pula jika tiba-tiba ada budak-budak naik sampan minta makanan! Itu memang kebiasaan jadi sediakan lah makanan-makanan ringan untuk disumbangkan dekat perkampungan air tu nanti. Sampai je di bukit semporna, kami buat warmup sikit dan terus hiking.

Subhanallah! View dari atas bukit semporna. Seriously cantik sangat! 

Bila dah siap hiking kami terus naik boat untuk pergi snorkeling. Kami dah bawa siap-siap roti untuk bagi makan pada ikan nanti. So kalau korang nak ikan datang, jangan lupa bawa roti banyak-banyak.

Baru lepas hiking, masing-masing excited nak pergi snorkeling.

Snorkeling time! Banyak sangat ikan sampai tak nampak muka aku. Air memang jernih yang amat! View dalam laut pun cantik!

Dah habis snorkeling, pergilah bilas badan dan tukar baju. Kat pulau ni tandas memang K.O lah. Agak kotor. Nak masuk toilet kena bayar, yela zaman sekarang mana ada yang free. Harga masuk toilet ikut hajat kau nak buat apa. Kalau nak buang air harganya murah sikit, kalau nak mandi harga lain dan mahal sikit. Dah siap tukar baju, Dari Semporna kami terus gerak ke Lahad Datu. Perjalanan tu aku rasa ada lah dalam 2 jam. Lahad Datu ni rumah kawan kami di Sabah. Jadi kami menginap lah sehari di rumah kawan kami. Dekat Lahad Datu, kawan kami dari Sabah ajak makan coto marcassar. 1 mangkuk tu harga dalam RM6-RM7 depends kau nak coto ayam atau daging. Coto ni macam soto tapi lagi sedap dari soto! Coto ni dimakan dengan burasak (macam nasi impit tapi dibungkus dengan daun).

Inilah rupa coto makassar. Yang ni aku order coto ayam. Sedap! Rasa dia pekat lagi dari soto dan ada rasa masam sikit sebab perah limau nipis. 

Perempuan. Dia akan gembira bila perut dah kenyang.

Lepas makan coto, kawan aku dari sabah ni bawa kami jumpa saudara mara dia. Dekat sana kami dihidangkan dengan kuih special, kuih bugis. Aku lupa nama kuih tu apa.

Inilah rupa kuih bugis tu. Yang putih tu rasa macam biskut baby tapi gebu sangat! Lagi gebu dari biskut baby. Yang lagi satu tu rasanya macam kuih berderam/kuih telinga keling. Makan panas-panas diwaktu petang, memang layan habis.

Keesokan harinya, kami semua gerak ke Ranau. Dekat Ranau kami pergi ke fish massage. Dekat sini sekali masuk cuma 15 minit saja dan bayarannya RM5 seorang. Kalau nak bagi makan ikan boleh beli makanan ikan, cuma 50sen sepeket. Kat sini ikan-ikan tu akan gigit-gigit kaki korang, katanya untuk buang kulit mati dan kalau kaki ada ketuat ke luka ke, boleh sembuh dengan izinNya. Aku pun tak pasti soheh ke tak cuma rasa kena gigit tu ada yang rasa geli, kalau bapak ikan yang gigit rasa la sakit sikit.

Kat sini korang akan dibagi nombor sebelum masuk. Selepas 15 minit, mereka akan announce nombor korang menandakan masa dah tamat. So kena take a note la nombor yang korang dapat tu. 

Next kami pergi ke ladang arnab. Kat sini ada juga haiwan kucing dan hamster tapi lain tempat haiwan lainlah bayarannya so kami pilih nak main arnab. Kat sini pun sama juga bayaran masuk RM5, kalau nak beli makanan arnab cas 50sen sepeket.

Kat sini macam-macam baka arnab ada dan comel sangat! Cuma satu je lah aku tak tahan, najis arnab bersepah-sepah.

Next, kami pergi ke Sabah Tea. Takde buat apa pun kat sini. Saja makan angin dan viewnya macam di cameron highland. Kat sini tidak dikenakan apa-apa bayaran melainkan kalau nak beli teh atau makan disitu, tu lain ceritalah.

Dari sabah tea ni korang dah boleh nampak view gunung kinabalu.

Lastly barulah kami ke Desa Fairy Farm yang viral macam new zealand tu kan. Kat sini masuk kena bayar RM4.70 dan boleh stay sampai petang sebab pulul 6 lebih tu dah nak tutup dah. Better datang pagi sebab pukul 12 tengahari-1petang pihak fairy farm ni akan keluarkan lembu-lembu dan perahkan susu lembu. Kat sini korang boleh dapatkan aiskrim fresh 100% milk. Ada 2 flavour, coklat dan pure milk. Sebab aku Chocolate lover so aku beli aiskrim perisa coklat dan susu coklat. Dekat sini pun korang boleh dapatkan susu segar, ada perisa coklat, fresh milk dan coffee. Memang sedap!

At Desa Fairy Farm, Kundasang Sabah. Cuaca memang sejuk sangat kat sini plus udara fresh atas gunung memang nyaman dan tenang je fikiran ni. Masa aku pergi tu, dekat phone aku tu weather detect suhu 16 darjah celcius.

Hari kelima, hari terakhir sebelum nak balik ke semenanjung kami sempatlah shopping sekejap beli souvenir nak bagi pada family.

Dekat sini korang kena rajin tawaf satu pasar then baru decide nak beli dekat mana sebab ada certain tempat harga cekik darah. Oh ya, dekat area pasar ni ada food court, kami ada juga makan malam disitu dengan harapan nak lepas kempunan makan seafood. Aku rasa seafood dekat sabah ni murah kalau kau beli dekat pasar yang mentah tu, bukan beli dan makan dikedai sebab kawan aku order udang seekor size kecil dari tapak tangan harga RM10.

So total trip aku kesabah termasuk flight tak sampai RM500. Lagi pun aku bukan jenis kaki shopping so memang save la budget aku. 





No comments: