Tanggal 15/12/2018, Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku dah menamatkan zaman darah manis aku and now im officially wife to my husband, Aiman.
Actually entry kali ini tiada niat untuk riak atau berbangga diri, jauh sekali untuk bermegah-megah kerana majlis kami cuma kenduri makan yang biasa anda hadiri serta tiada persandingan yang gah pun cuma bezanya...we set our own rules! Aku bersyukur sebab keluarga aku jenis sempoi tambah aku pula pernah bagi tahu dekat parent aku yang aku nak majlis kecil-kecil je, tak perlu membebankan pihak lelaki sebab pada aku, yang penting aku kahwin! Haha. So jom kita layan~
PART DUIT HANTARAN
Alhamdulillah, masa bertunang dulu, ayah aku tak tetapkan berapa hantaran pada pihak lelaki. Terserah pada pihak lelaki nak bagi berapa, tak perlu pihak lelaki nak pening-pening kepala. Peribahasa 'biar mati anak, jangan mati adat' ayah aku tolak tepi. Islam ajar untuk mudahkan urusan perkahwinan, jadi jangan susahkan perkahwinan hanya kerana nak pihak lelaki bagi duit hantaran banyak (kecuali bakal laki kau tu anak Dato), ataupun kerana adat ataupun mulut orang. Kita tak mampu untuk puaskan hati semua orang, yang penting hati sendiri puas.
Untuk menjayakan majlis perkahwinan aku, aku berganding bahu dengan ayah aku. Separuh ayah aku topup, separuh lagi aku bayar hasil menabung duit gaji haha. Biar simple, buat majlis grand-grand nak kemana? Memang aku saja buat degil nak pakai duit sendiri bagi menjayakan wedding aku sebab pada aku, pakai duit sendiri memang akan rasa kepuasannya tapi ayah aku suruh topup separuh je sebab lepas kahwin perlulah ada saving juga kan so separuh lagi ayah aku settle.
PART MAJLIS AKAD NIKAH
Majlis akad nikah berlangsung pada jam 8 pagi dimasjid. Baju akad nikah aku ni just beli kain dan tempah jahit. Kain baju akad ni dipilih dan ditempah oleh mak mertua aku. Thanks to my mother in law, really love this clothes too much! Dah settle akad nikah, ada jamuan ringan di masjid untuk hadirin yang datang masa akad nikah tu.
PART MAJLIS RESEPSI (JAMUAN)
Akad nikah dan majlis resepsi aku buat dalam hari yang sama. Cuma akad nikah disebelah pagi dan untuk majlis resepsi, jamuan tu aku buat bermula jam 12 tengahari hingga pukul 4 petang. Untuk majlis resepsi aku buat didewan. Part ketibaan pengantin pula, aku tetapkan pukul 2 petang sebab nak solat zohor dulu baru pergi ke dewan. Aku sengaja tetapkan untuk habis pukul 4 petang bagi memudahkan untuk buat sesi photography petang tu. Buat awal, dapatlah habis awal so takdelah isu terlepas solat asar nanti. Thanks to my MUA untuk solekan yang masih "kekal" kan wajah aku, natural makeup.Nak wudhu pon senang, cuma pakai wet tissue untuk cuci makeup. Aku pun jenis tak suka heavy makeup dan memang jenis tak suka sangat bermakeup ni. Masih ingat pesanan mak aku, nak makeup tu pastikan jurusolek tu perempuan, tak tebal dan tidak mencukur kening.
PART WEDDING DRESS
Untuk wedding dress aku memang request nak baju pengantin yang longgar, tidak meleret dan tudung kena tutup dada.Aku bersyukur kerana menjumpai owner wedding dress yang mudah toleransi untuk ikut kemahuan aku. Wedding aku ni, aku nak bertemakan ala-ala fantasi gitchuuu so aku prefer nak pakai gown dress. Dari kecil memang aku impikan nak jadi seperti tuan puteri, pakai baju gaun macam tuan puteri, hari ni baru tercapai haha.
PART INAI
Bab inai pulak aku memang suka pakai inai. Biasanya aku cuma pakai dibahagian kuku je tapi untuk wedding kali ni cukup lah pakai dihujung jari sahaja. Lagipun, suami aku tak suka aku lukis inai. Dia cakap macam tangan kena kurap je. So aku decide beli inai celup RM10 je pakai sendiri malam sebelum majlis. Jimat!
PART DULANG HANTARAN
Thanks my dad and my mom tolong gubahkan hantaran.
Haaa.. Tantek takk? Untuk hantaran aku beli sendiri komponen hantaran tu, balik rumah just gubah sendiri je mengikut kreativiti gitchuu. Penjimatan sehingga 80% uolls.
Its done~ (versi eina azman) barang hantaran belum letak lagi, baru letak bekas cincin.
Konsep kayu kayan perlu dikekalkan bagi melaksanakan impian aku untuk buat tema "wedding in the garden" gitchuuu.
PART DULANG GIRLS (BRIDESMAID)
For dulang girls, aku dapat kurangkan kos sebab tak perlu belikan kain yang sedondon untuk dulang girls (16 dulang x 4 meter : 64 meter!). Kawan-kawan aku sendiri yang decide untuk beli warna dan pattern baju bridesmaid yang sama. Thank you so much to all my friends!
ALHAMDULILLAH KINI AKU SAH MENJADI ISTERINYA
Aku dan suami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, ahli keluarga, sahabat karib kami, sahabat handai dialam maya mahupun didunia sebenar, colleague, boss, para tetamu serta semua pihak yang sudi menjayakan majlis kami.
Cincin untuk my husband
Alhamdulillah aku amat bersyukur kerana dikurniakan ketenangan sepanjang persediaan majlis, ketika berlangsungnya majlis dan selepas majlis. Suami, ibu bapa, ibu bapa mertua, seluruh ahli keluarga serta rakan baik pula sentiasa ada apabila diperlukan. Doakan moga jalinan ikatan ini berkekalan dan bahagia hingga kesyurga Ameen.
"jika kita niatkan kerana Allah swt, kita akan mencorakkan percintaan dan pernikahan kita atas apa yang Allah redha" - Penulis Hilal Asyraf
No comments:
Post a Comment