Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Friday 8 March 2013

Wanita Menawarkan Diri Untuk Dinikahi


Kalau ikut adat,lelaki yang kena merisik wanita untuk dijadikan pendamping dan penyeri hidupnya tapi salah ke kalau perempuan menawarkan dirinya untuk dinikahi?

"ouch ! what wrong with this girl ??!! "
"ellow2,malu lah sikit.tak rasa malu ke nak pergi merisik lelaki? whats the hal !"

mesti ada punya yang berseloroh di belakang . itu lah manusia,alpa pada agama walhal islam tak melarang seorang wanita meminta dari seorang lelaki untuk dinikahi bahkan islam mengharuskannya kerana ia tidak menyalahi syariat .

Ali meriwayatkan bahawa pada 1 hari beliau bersama Anas r.a dan anak perempuannya.

Anas berkata "telah datang kepada Rasulullah SAW seorang wanita yang menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : "wahai Rasulullah,adakah kamu berhajat kepada diriku?" "

anak perempuannya terus berkata " alangkah kurang malunya wanita ini dan amat memalukan perbuatannya! "

Anas berkata " dia lebih baik daripada mu kerana dia berkehendakkan kepada Rasulullah lalu menawarkan dirinya kepada Rasulullah ! " - (Hadis riwayat al-Bukhari,al-Nasa'i dan Ibn Majah)

so for all guy kat luar sana kalau ada perempuan yang merisik u all jangan lah marah2 dan bagi sepakan penalti ! Rasulullah telah pun mengajar kita bagaimana untuk menolak tawaran dari seorang wanita iaitu dengan cara berdiam diri .

Ibn Hajar Al-Asqalani menjelaskan " tidak patut bagi lelaki tersebut menolaknya dengan cara terang-terangan bahkan cukuplah berdiam diri.bukankah diam itu selembut-lembut cara dan paling beradab untuk menolak tawaran wanita?" - (Fath al-Bari)

actualy kaum hawa2 sekalian, nak cari ours adam's apple ni bukan kena pakai kutip je ! tapis kasi bersih dulu baru menjadi sebab kita nak cari yang terbaik dalam hidup , barulah kebahagiaan perkahwinan itu kekal until jannah ! oh so sweet~

chenta ada tips2 apa syarat2 yang perlu ada pada seorang lelaki yang ingin dirisik oleh wanita?

1) lelaki yang soleh

tak semestinya u all tengok abang2 haji kat tangga masjid tu boleh jadikan suami. dont judge book by its cover ! tengok siapa parent dia , macam mana background family dia . kalau boleh berbaik lah dengan kakak atau adik perempuan si dia tu . sekurang2nya ada juga spy tanpa bergaji whahahaha !

2) ketinggian ilmu

PHD belum menjamin ketinggian ilmu seseorang, am i right ? jangan pandang pada poket tebal je , kena tengok juga dari aspek agama . pandai hukum hakam ke tak , solat perfect ke tak . ini kalau belajar je label taraf dekat oxford tapi solat subuh pun setahun sekali , what are u waiting for my girls? lelaki macam ni patut campak dalam laut kasi jerung makan ok .

3) keutuhan agama

inna din na indallahil islam , agama yang benar disisi Allah itu adalah islam . pastikan si dia bukan sekadar pengakuan di bibir " AKU MENCINTAIMU KERANA AGAMAMU " but tengok disebalik pengakuan si dia tu . jangan sembang je berapi tapi arah kiblat pun tak tahu kat mana .

4) berakhlak mulia

actualy yang ni korang tak perlu tengok masa si dia berada di depan mata korang ok . percayalah, sebelum kahwin semua yang berlaku hanya lakonan semata2 . tanya lah parent si dia tau pun room mate ke untuk fakta yang lebih detail . tak nak depan kita bukan main pencinta berhemah tapi dekat rumah cakap dengan mak bukan main tinggi suaranya ,Allahuakbar .

apa-apa pun Allah dah janji lelaki yang baik untuk perempuan yang baik so nak dapat yang baik kita mesti menjadi baik dulu baru lah nanti kehidupan akan bertambah baik kan2? berdoalah pada Allah moga kita semua dikurniakan pasangan,zuriat dan keturunan yang baik , Ameen3 !

# subhanallah wal hamdulillah walailahailallah wallahuakbar ! :)

2 comments:

Unknown said...

nice...^^ tp tuu la...melayu...adat yg dijunjung lbh dr agama...-_-"

p/s : cik siti pun nak buat cam ni gak la kalau da jmpa laki yg ada syarat2 kat atas tuu..hee ^^

ejulz said...

betul tu.. orang kita terlalu mngikut adat..