Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Friday, 15 March 2013

Fitnah Akhir Zaman

Kalau sebut soal WANITA semua ada kaitannya , dari segi tingkah laku,kesopanan,aurat dan banyak lagi . tapi sedar tak sedar masa terus berjalan meninggalkan kita dan suatu masa nanti pasti kita akan terkedu dan terkelu saat malaikat maut muncul di hadapan kita ! apa kita nak buat ??? disaat lidah terkelu tidak mampu menyebut kalimah " LAILAHAILALLAH MUHAMMADARROSULULLAH " apa kita nak buat??!!!

bila tengok di muka2 akhbar , terpampang gambar2 yang amat mengaibkan . kes buang anak, gejala sosial,maksiat berleluasa, masyarakat kembali jahil sampai tak tahu mana halal haram , hukum hakam tak tahu . Astaghfirullah , korang sedar tak semakin lama semakin menjadi2?

dan salah satu fitnah yang paling besar di akhir zaman ialah FITNAH WANITA !!



Dahsyatnya fitnah wanita telah disebutkan dalam Al-Qur’an dan Hadits. Bahkan surat ‘Ali Imran 14 menempatkan wanita sebagai urutan pertama yang banyak dicintai oleh manusia dan pada saat yang sama menjadi fitnah yang paling berbahaya untuk manusia. 

Rasulullah saw. bersabda, ” Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita” (HR Bukhari dan Muslim).


Rasulullah berjuang demi islam , mengangkat martabat wanita pada zaman jahiliyah tapi sekarang betapa ramainya wanita yang berubah meniru wanita zaman jahiliyah . baju ketat , seluar ketat , batas pergaulan tak jaga , hilangnya kesopanan .

bila ada orang tegur , mula lah cakap

" eleh macam kau baik sangat ! kau pun 2x5 ! "
"suka hati aku lah hidup aku , kau sibuk apa!"

betapa kerasnya hati manusia walhal kita tak tahu bahawa Allah nak beri hidayah kepada seseorang melalui pesanan antara manusia kepada manusia tapi kita menolak hidayah Allah !!! Nauzubillah !

bila chenta melihat catatan pada dinding facebook , betapa sedihnya bila melihat situasi umat akhir zaman seolah2 hilang pegangan agama . status mencaci , mengina, mengutuk, menfitnah semakin berleluasa . Ditambah pula dengan pelbagai gambar2 terpampang di facebook sehingga mendatangkan pelbagai fitnah . chenta akui mungkin ada yang akan cakap

" saya kurang dalam bidang agama , tak macam awak"

tapi bukan kah ilmu itu perlu dicari? Allah pernah berfirman bahawa celakalah hidup seseorang itu sekiranya sudah tidak ada orang yang menegur kesilapannya ! jadi buat kaum hawa , sesungguhnya wanita itu adalah perhiasan dunia dan sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah . jadilah mawar beduri , bukan mudah untuk didekati . jagalah maruah , jagalah akhlak , tutup lah aurat dengan sempurna . Ingat , apabila kita tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak berusaha untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik , kita telah pun kehilangan sebanyak 70% lelaki yang baik untuk menjadikan kita isteri . selebihnya 30% adalah lelaki yang kurang baik , itu pun mereka akan berfikir 20-30x layak kah untuk wanita ini dijadikan isteri . 

# bersihkan hati , banyak ingat Allah , banyak kan beristighfar dan selawat , semoga Allah merahmati dan meredhai hidup kita semua ameen3 ! chenta minta maaf seandainya ada silap dan salah coz im not perfect :)

No comments: