Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Monday 23 July 2012

La Tahzan Sahabatku ....

Pernakah kita fikirkan terkadang hati ini ibarat kepulan awan. Pabila ia nya mendung sarat dengan wap air yang diberikan tekanan ia nya akan gugurkan titisan air hujan jernih membasahi bumi gersang. Sering hati ku ini terusik.. Jejak perjalanan yang kian hari dirasakan kian berliku..
Mencapai mimpi.. Adakalanya membuat kita kepenatan.. Perlukah hanya menanti? Mengharap? Atau hanya duduk menunggu. Yang pasti ku tidak akan berhenti untuk terus berdoa. Berdoa juga perlu bersungguh-sungguh. Kerana ku yakin dengan sabda Baginda Rasul.
Dari Anas r.a katanya:Rasulullah saw bersabda:Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Yakinlah wahai Sahabatku, sesuatu yang terjadi kepadamu itu bisa mendekatkan dirimu kepada-NYa walau pahit sekalipun dirasai. Adakalanya yang pahit itulah penawar dan yang manis itulah racun. Justeru, ujian dan musibah itu juga adalah suatu nikmat yang paling besar! Siapa sangka, yang pahit itu adalah antara rahsia cenderungnya hati untuk sentiasa kembali kepada Fitrah.. Siapa sangka, dengan Ujian perit itulah jambatan untuk hati sampai kepada ALLAH.. Pengaduan itu yang membawamu untuk sentiasa dekat kepadaNYA..
 MENYUKAI YANG TIDAK DISUKAI?
“Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu,padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”{An-Nisa:19}
 KENAPA AKU DIBERI UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Surah Al-Baqarah ayat 286
 KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” – Surah Al-Ankabut ayat 2-3
 KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Bolehjadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216
 RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139
 BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar danmengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” – Surah Al-Baqarah ayat 45
 APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka denganmemberikan syurga untuk mereka… – Surah At-Taubah ayat 111
 KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”-Surah At-Taubah ayat 129
 AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
“…dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” - Surah Yusuf ayat 87
 “Ya Allah ya Rahim.. andai kepahitan itu lebih mendekatkan diriku padaMU, ku sanggup BERJUANG! Jadikanlah hati ini sentiasa padu dalam keredhaan.. Jadikanlah Hati ini kuat tersimpul dalam keimanan. Semoga Engkau redha kepada ku.. Semoga Engkau sudi menerimaku.. HambaMu yang penuh kehinaan… Aminn…”

2 comments:

vendoline said...

berharap pada allah itu yang pasti

salam ramdhan

jemput join n promote my first give away
http://edyfee.blogspot.com/2012/07/my-first-give-away.html

Cik Fie said...

Hai..Jum Join GA Ni . HADIAH : Lomo Camera , Domain , Perfume , Contact Lens N Maybe Akan Ditambah Hadiah Lagi..
http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/07/mega-giveaway-by-cik-fie-anisah-n-aiman.html

#btw..blom sikit je peserta yg join skrg ni..actually saya blom promote GA ni..sebab hari ni line lembap ckit..esok saya akn promote GA ni ye