Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Monday, 9 December 2019

Meet Baby ARjunior!!

Being pregnant is one special journey and i'm so grateful for it. Alhamdulillah sepanjang mengandung semuanya smooth! HB ok, tiada suspek penyakit kronik, bacaan gula selepas minum air gula pun normal (5.3), tiada alahan, pendek kata semua cun! Cuma aku ada masalah terlebih berat badan pula sepanjang pregnant plus detect ada darah tinggi dihujung pregnancy , tragis betul. A big thanks to my family, my family in law and my beloved husband sebab memahami also jaga aku dengan baik. Love you guys! 

At this stage of pregnancy, people have been asking me about the gender of the baby. Sepanjang aku preggy to be honest aku sangatlah selekeh! Tak suka makeup actually tapi kadang2 terpaksa makeup bagi menutup kecelaan pada wajah, suka pada benda manis especially coklat dan buah and i tell ya, ramai gila orang yang bagi assumption on the gender. ada kata laki, ada kata pompuan. Dah jadi game dah! 'Guess the Baby's Gender'! winner will get bragging rights and allowed to say "dah agak dah!" sampai baby dah beso. haha! But everyone's pregnancy is different. Yang paling best ada yang jenis scan girl tapi yang keluar boy!

For baby AR dah 2 kali aku scan, doktor swasta pun cakap maybe baby girl and doktor kerajaan pun cakap maybe baby girl juga tapi doktor nasihatkan jangan teruja sangat untuk beli baby girl stuffs awal2 sebab takut yang keluar tu boy haha! So untuk permulaan, baju baby AR mostly beli yang jenis unisex. In all seriousness, aku dan husband tak kisah baby boy or girl asalkan baby sihat sempurna dan jadi anak yang soleh/solehah.

And taraaaaa~~~

Its a girl! We named her Aira (A respect) 

Alhamdulillah jam 6.12 petang pada 8/12/2019 (39 weeks) lahirlah AR junior dengan berat 3.65kg secara normal (induce) . Sepatutnya due 14/12/2019 tapi doktor decide untuk aku bersalin awal seminggu sebelum due disebabkan aku ada darah tinggi dekat nak bersalin.

By the way, dulu selalu tertanya-tanya sakit tak ek bersalin? Rupanya sakitnya tu tak boleh describe, Allah saje yang tau. Patutlahhh bila aku tanya mak aku macam mana sakit bersalin, Jawapan mak tak habis-habis "sakit yang tak boleh describe". 5x aku tanya mak, 5x dia jawab jawapan yang sama. haha. Jadi, aku macam tertanya-tanya sampailah aku rasa sendiri. So lepasni kalau orang tanya aku soalan yang sama, aku pun akan jawab "sakit yang tak boleh describe" seriously! Patutlah bersalin ni Allah bagi pahala seperti sedang berjihad. Besar pengorbanan seorang ibu. Tapi bila dah bersalin, tengok baby, rasa sakit terus hilang. Such a miracle!

Moga AR junior menjadi anak yang solehah, penyejuk mata buat kami insyaAllah. 

Can't wait for my pantang to be over!

No comments: