Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Wednesday 29 January 2020

Offspring Diapers Review

Wow lama betul tak update blog! So this is will be my first entry for 2020! Since i have been delivered of a baby semua schedule aku berubah especially bila baru dapat anak sulung, serba serbi rasa kekok as a new beginner parent. Bila anak menangis masing-masing cuak tak tahu nak buat apa even aku ada adik eh kemon lah, aku cuma tahu main dengan adik aku dan tolong henjut dia dalam buai time adik aku nak tidur thats all. So aku memang zero bab tukar pampers baby, mandikan baby dan yang paling obvious adalah macam mana nak tenangkan baby yang tengah menangis. By the way, aku bersyukur sebab dikurniakan seorang suami yang sangat cool. Dia yang banyak tenangkan aku dan handle baby. Thank you papa!

ramai yang tanya about my baby experience of birth. Well, After having a baby, i'll never need an alarm clock again! Biasalah newborn baby memang nak menyusu setiap 2 jam jadi terpaksalah stay up tiap malam untuk susukan my little setiap 2 jam. Not to worry, normally makin baby besar, makin lama waktu tidur malam dia. To be honest, Having a baby is a beautiful, life-changing event. Pejam celik my little dah nak masuk 2 bulan! Rindu betul masa my little baru lahir dulu. Sekarang aku dan husband makin expert bab parenting. Masing-masing dah tahu nak mandikan baby, tukar lampin dan how to handle bila baby nangis. Cayalah weeei! Haha!

My little cutie masham2! Kiri sebelum kena cukur jambul, kanan dah jadi budak botak haha! Tips: Sebelum tidur perlulah dibedung kemas dulu supaya baby tidur dengan lebih lena. 
So back to the topic, as a parent mesti aku nak yang terbaik untuk anak aku especially bab diapers. For sure aku nak bagi my little selesa setiap hari dan tidur malam tanpa gangguan. Mula-mula aku pakaikan mommy poko air fit untuk my little tapi since pampers ni berbau agak kuat bila my little buang air dan terlondeh so aku decide nak tukar brand lain. Memandangkan ramai influencer yang review offspring diapers ni kat instagram so aku buat keputusan nak tukar kepada offspring and for the first time use aku bagi 10/10 guys!


Materialnya based plant sangat lembut dan nipis tau! Baby pun boleh tak perasan yang dia tengah pakai pampers! Teramatlah selesa! Pampers ni pun kemas so tiada lagi masalah terlondeh bagai. 100% organik dan natural so mommies tak perlu risau incase baby ada masalah kulit sensitive, offspring sangat membantu untuk elakkan any rush atau ruam lampin. Pampers ni tahan lama dan tahan bocor until 12-14 jam even baby dah buang air banyak pun still rasa kering pada permukaan pampers also ada pelbagai corak yang comel mommies boleh pilih :) 





Dari segi harga bergantung pada size. Macam my little pakai size S so harganya untuk size S RM 49.00 ada 48 pieces. For me sangat berbaloi! Boleh beli di website offspring. 

By the way aku ada beli another diapers brand and its from applecrumby. Saja beli sebab ramai yang kata qualitynya setanding offspring malah ada yang kata lagi best dari offspring! Its also 100% natural and organic! 


Boleh beli di website applecrumby sebab biasa ada sale. Ni harga untuk size S. 

Aku dah borong siap-siap. Aku beli size S dan M terus sebab takut tak muat size S since my little cepat membesar. So nanti kita try hokeh <3

No comments: