Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Saturday, 12 October 2019

Pregnancy Diary: List Keperluan Barang Baby Newborn Dan Mommy Ke Hospital

Pejam celik sekarang AR junior dah nak masuk 8 bulan yeayyy! Alhamdulillah AR junior sihat walafiat, doakan AR junior terus membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh/solehah. Macam biasa bila dah masuk 3rd trimester ni suka update tentang list keperluan newborn dan mommy sebelum ke hospital.

Memandangkan ini first pregnancy jadi aku memang zero bab persediaan untuk ke hospital ni. Mujur keluarga metua dan mak ayah aku banyak membantu. Soalan pertama yang bermain dalam fikiran aku

"bila masa sesuai untuk beli barang baby?"

Maklumlah jiwa keibuan sedang berkobar-kobar memandangkan AR junior anak pertama, jadi aku sangat teruja nak beli barang baby even masa tu kandungan baru 5 bulan ditambah pula dengan baby fair/baby expo yang menawarkan diskaun melampau! Tapi mak aku cakap, orang tua-tua dulu pesan kalau nak prepare barang baby, preparelah ketika kandungan dah berusia 7 bulan keatas. Kadang-kadang cakap orang tua ni ada betulnya juga. Masa 1st trimester, kandungan kita ni sangat fragile. silap sikit, boleh terjadinya keguguran. 2nd trimester, dah kuat sikit tapi still ada chances untuk faulty. 3rd trimester (yakni 7 bulan) inshaallah kandungan memang dah stable (melainkan ada masalah kesihatan ibu). Sebab tulah orang tua-tua suruh tunggu 7 bulan baru beli. Takmolah ibu over excited dah shopping spree tiba-tiba Nauzubillah berlaku intrauterine death pula (minta jauhlah).

Masuk kandungan 7 bulan, barang pertama yang aku beli adalah set berpantang. Untuk set berpantang aku guna set nona roguy bagi penjagaan dalaman dan luaran termasuk minyak baby also brand nona roguy. Untuk pilis dan body mask aku guna brand sendayu tinggi dan brown soap brand tanamera untuk mandi.


Set nona roguy ni kakak ipar dan mak aku yang cadangkan memandangkan mereka sendiri dah guna dan very highly recommended katanya so tanpa berfikir panjang terus aku decide nak berpantang dengan set nona roguy.

Lepastu barulah aku beli barang keperluan baby sikit demi sedikit. So kita mulakan dengan keperluan baby (Nii aku cuma listkan apa yang betul-betul penting sahaja untuk dibawa kehospital). 

List Keperluan Baby

1) baju baby newborn 3-4 helai - tapi aku bawa je baju lebih in case lah apa-apa hal. Untuk baju baby size newborn aku beli tak banyak, dalam 15 helai macam tu sebab baby cepat membesar so aku beli siap-siap terus baju untuk size 3 bulan keatas.

2) Pampers newborn - yang ni pun aku beli dalam pek kecil sebab takut baby tak muat. Pada asalnya aku ingat nak beli brand mammy poko tapi disebabkan ramai cakap membazir memandangkan baby newborn kuat kencing dan berak so aku pilih brand pet pet. Pada aku pampers pet pet newborn sangat berbaloi! Kualiti pun helokkk. Bila baby dah besar sikit nak pakai yang pricey macam mammy poko takde hal.

3) Sarung tangan dan stokin baby - yang ni aku bawak dalam 3 pasang je.

4) Wet tissue - Nak bawak banyak pun boleh sebab nanti baby banyak kali akan berak dan kencing.

5) Bedung baby - bawak 2-3 helai sudah memadai.

6) Towel baby

7) Barut baby - kalau ikut pengalaman bersalin kakak ipar aku, tak perlu bawak barut baby pun takpe sebab nurse takkan pakaikan barut pada baby newborn tapi aku bawa je lah untuk persediaan.

8) Pump susu (breast pump) - aku pakai jenis automatik, lebih mudah dan praktikal gitchu!


Semua keperluan baby dipackkan siap-siap dalam beg ziplock yang dah dilabel supaya lebih tersusun dan memudahkan suami aku nanti. Oh ye, beg ziplock ni aku beli dekat DIY.

Ok kita masuk pula part persediaan barang mommy ke hospital. 

list Keperluan Mommy

1) Nursing bra & panties - Untuk panties aku beli yang jenis pakai buang time kat hospital. Senang incase berlaku kebocoran senang nak cuci then boleh terus buang, tak perlu nak sidai.

2) Maternity pad - yang ni aku beli jenis overnight pad size 40-42cm. Ramai yang cakap lebih selesa berbanding maternity pad. 

3) Toiletries

4) Towel

5) Stokin tebal

6) Sweater

7) Kain batik - aku bawa juga skirt labuh.

8) Minyak panas (semestinya Nona Roguy)

9) Selipar toilet

11) Tudung sarung 2-3 helai

12) Pakaian hospital - Beberapa helai baju, kain batik dan skirt labuh. Jangan lupa bawak sepersalinan baju untuk balik dr hospital.

List penting lain-lain

1) Buku Pink (Buku rekod kehamilan). 

2) Kad pengenalan

3) kad/sijil kahwin

4) makanan (ini semestinya haha! Boleh bawa minuman instant 3 in 1,biskut atau superfood macam kurma). 

5) Quran dan Telekung

6) Powerbank.

By 8month, aku dah siapkan beg baby dan simpan dalam boot kereta. Letak the basic needs je. Aku suka kalau semua benda dah ada before aku deliver. Tenang hati nak beranak hehe. Takut tiba-tiba rasa nak terberanak takdelah you all tercengang sebab baby ni sangatlah surprisingly! Ada yang tak sampai 40 weeks dah rasa nak terberanak jadi sediakanlah payung siap-siap sebelum hujan.

No comments: