Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Friday, 26 July 2019

Pregnancy Diary : First Trimester


Dear airajunior,

Sekarang mommy dah 2rd trimester tau (5months preggy) . Alhamdulillah. Dalam hati macam meronta-ronta nak share my pregnancy journey since 1st trimester lagi (1st time mom syndrome biasalah uhh!). Tapi mommy tetap bersabar dan terus bersabar kerana mendengar nasihat orang tua-tua. *cehhh*

So today aku just nak share my pregnancy journey. First time aku cek pregnancy test atas dasar suka-suka je sebab masa tu aku plan nak diet lah konon plus nak workout setahap maksima yang mungkin! Tapi bila difikir-fikirkan balik, aku rasa baik aku test dulu UPT takut mengandung and thennnnnn taraaaaaaa!!! 

Terus naik double line tapi macam kabur sikit. 

My airajunior, insyaAllah jadi anak yang baik. Masa pregnant so far Alhamdulillah semua smooth dan tiada morning sickness cuma I have become the most lazy person haha. Rasa macam nak tidur 24 jam siap dengan kuat makan! Baru 5 months preggy tapi total gain weight almost 20KG!! Ini bukan pemcapaian yang membanggakan since selalu kena complain dengan nurse tiap kali checkup sebab overweight.Thanks to my husband sebab rajin melayan your wife yang kuat makan ni, selalu mengidam especially junk food and sweet food like burger and ice-cream! kalau tak dapat boleh menangis aku dibuatnya :') *memang patutlah berat naik dengan jayanya*

Part pemakanan pula, Sepanjang pregnancy journey boleh katakan rezeki baby juga kebetulan mak mertua dan ayah mertua aku baru balik dari Mekah so memang banyak sangat super food yang aku amalkan since first trimester seperti kurma ajwa, air zam-zam, jeruk aprikot, kekacang, minyak zaitun dan semestinya perlu ada coklat haha! Kurma ajwa ni aku amalkan dalam bilangan ganjil, selalunya 5 atau 7 biji sehari. Kalau rajin aku akan blendkan sekali dengan susu. Start second trimester, aku ambil supplement tambahan untuk baby jenama Neurogain. Katanya bagus untuk pertumbuhan otak bayi kerana diperkaya dengan DHA. This one mak aku yang recommendkan memandangkan dia sendiri consume supplement neurogain ni zaman mengandung dulu kala.

Based on due insyaAllah airajunior akan lahir pada pertengahan disember 2019. Doakan moga airajunior and mummy sihat serta selamat melahirkan nanti.

Airajunior ni baby boy or baby girl??? Haaaa... Nantikan kemunculannya! Coming soon...



No comments: