Getting started with my first blog post for 2019 can be scary! Lama jari jemari tak menaip terasa kaku untuk menulis tambah pula kehidupan yang makin sibuk (cehh! ingat ada orang kisah ke?). Dulu zaman bujang memang banyak masa tapi sekarang dah ada suami memang berbezalah kehidupan berbanding dulu. Sebenarnya aku terpanggil untuk menulis entry ni bukanlah kerana aku dah banyak sangat pengalaman tapi sekadar ingin berkongsi pendapat memandangkan aku pun masih lagi amatur dalam rumah tangga ni.
Actually aku dah kenal husband aku since zaman sekolah menengah which is 7 tahun aku couple dengan husband aku. Rasa macam tak fake pun couple zaman sekolah dulu. Yela pergi sekolah bukan pakai makeup macam budak zaman sekarang. Masih lagi bawak bekal makanan dan botol air ke kelas even dah tingkatan 5. Maklumlah dulu stay asrama,sebelum pergi sekolah aku cilok dulu makanan kat dewan makan. Bukan saja husband aku dah hadap naked face aku (memandangkan dulu aku aktif sukan kat sekolah lagi lah dasyat muka aku) tapi sekali dengan pakej perangai aku yang tak semenggah tu. Macam tu juga dengan aku, dapatlah tengok perangai dia yang pemalu yang amat masa zaman sekolah. Perhubungan ni berlarutan sampai lah aku dah habis Universiti then kahwin.
Guess what???!!
Perangai husband aku berbeza gila lepas kahwin dengan sepanjang tempoh couple selama 7 tahun tu. Takdelah berbeza, maksud aku, kita akan lebih mengenali pasangan kita selepas berkahwin. yelah dah sebilik,tidur satu katil satu bantal. Masa tu lah baru kau tahu pasangan kau jenis tidur ganas, berak tak cebok dan sebagainya.
Perkahwinan ni seronok sebenanrnya cuma penuh dengan tanggungjawab. Jadi bila sampai masanya dah bertemu jodoh,bermakna Allah tahu kau dah bersedia untuk galas tanggungjawab besar. Dulu aku pun noob juga, tengok member kahwin,gatal nak kahwin haha. Tapi bila dah akad nikah, saat ayah aku cakap "Aku nikahkan dikau dengan anakku....." masa tu aku dah mula rasa bercampur baur. Gembira, sedih, takut. Sedih sebab lepasni dah kena jauh dengan mak ayah haha. Rasa takut sebab terasa akan galas 1 amanah dari Allah.
Pada yang stress menanti2 pasangan tu, keep chill guys. Allah dah aturkan jalan kehidupan kita semua dengan cantik dan sangat sempurna. Mungkin Allah nak korang fokus dan habiskan masa dengan ibu bapa :)
Dulu masa couple boleh lah nak gaduh-gaduh kalau pakwe tak wish birthday haha. Bila dah kahwin ni, dah kena start kawal marah. Maklumlah syurga dibawah telapak kaki suami, ingat senang ke nak raih syurga. Bak kata mak aku "syurga itu mahal. Bukan senang nak gapai. Banyakkan tawakal pada Allah."
Apa-apa pun aku bersyukur kerana Allah bagi aku peluang dijodohkan dengan seorang suami yang hebat. Dia yang lagi pandai control emotion dalam rumah tangga berbanding aku sebenarnya. Moga ikatan ini berkekalan sampai syurga, Ameen Ya Rabb.
For my husband, thank you so much for everything. I love you my syurga. Moga kita kekal hingga Jannatul Firdaus dan dicucuri mawardah wa rahmah ameen.
No comments:
Post a Comment