Ensiklopedia Doktor Chenta

Friday, 4 December 2015

My Highly Effective Study Habit

orang kata lelaki dan perempuan ni banyak perbezaan dari segi jantina tu memang sah dah lah.salah satu perbezaan yang lain adalah dari segi pembelajaran,skill to study. expectation orang ramai akan membayangkan buku nota girl haruslah dipenuh dengan highlight berwarna-warni,ditambah dengan mind map bercorakkan desa dan tulisan yang rapi gitchuu ! while buku lelaki? nota pun belum tentu buat hahaha ! that is expectation,aku tak kata lelaki macam tu hokey. mohon jangan kecam sis.

Aku tak rasa yang aku ni girly dalam bab2 study ( eleh bebajet ayu ) sebab aku tak rasa nota aku ni ala-ala keperempuanan Melayu terakhir.


Ni kalau ayam tengok nota aku comfirm dia cakar sebab dia ingat ni tulisan dia barangkali

when im doing my notes aku akan pejam mata dan cekau je mana2 pen yang aku berjaya capai. kalau merah,merah lah notes aku,kalau biru,biru lah. aku cuma gunakan satu colour pen saja untuk buat nota sampai lah habis satu topik yang aku nak masterkan tu dan jenis aku,aku tak suka berwarna-warni dan melukis bagai sebab bagi aku itu membuang masa dan aku berserabut dengan nota yang berwarna warni. mujur lah tak jadi duta faber castle,kalau tak boleh bankrup company beliau.

kebanyakkan perempuan tersangat-sangatlah rajin bawak buku sebeban dan gigih membanting buku dengan kudrat tulang 45 kerat ke mana-mana. baik ke kelas,balik rumah atau holiday tapi tidak bagi aku. sedaya upaya aku akan cari buku nota yang saiz sederhana/kecil dan boleh letak banyak subjek . senang aku nak bawak.kalau aku pergi jalan-jalan atau ke mana-mana aku just belek buku tu je for study review.




nota aku pun bukan lah aku copy paste dari buku.tu semua ayat kepala hotak aku. bila aku dah khatamkan satu topik atau any buku,aku akan cuba fahamkan dan muntahkan balik dalam buku nota aku tadi.aku tak genius jadi aku tak boleh nak hadam banyak2 so aku akan baca dan fahamkan then untuk notes aku cuma tulis key point je .pandai2 lah modula aku proses untuk explainkan key point tersebut haha.

Kebiasaannya orang akan view person macam aku yang tak suka berwarna-warni bagai ni mesti orang yang tak kreatif,jenis otak straight dan pandai matematik tapi itulah tak semua sangkaan sebenarnya sebenar-benar benar belaka. aku sebenarnya kreatif (macam meludah kelangit pulak rasanya) tapi aku takdelah minat matematik sangat,kalau macam reading like biology aku suka lah dan aku memang suka membaca. berbeza dengan adik aku,nota bukan main kreatif tapi she is an engineering,pickup in matematik tapi tak minat biology. lain orang,lain ragamnya kan. nampak sangat tak sebulu adik beradik haha!

1 comment:

Aku Izzah said...

I like ah hahahhaa same as me tapi saya beli buku tebal2 lah sebab mak belikan hahaha and amik bio eh? umur berapa?