Tadi aku ada stalker wall facebook,aku terbaca post seorang budak lelaki ni.dia post gambar perut seorang wanita yang merekah teruk selepas melahirkan anak dengan caption
"eiii gelinya! pengotor! ni lah padah kalau ubat taknak makan,pantang tak reti jaga.anak baru dua suami dah cari lain!"
then ada perempuan komen yang lelaki ni tak faham perempuan macam mana saat melahirkan anak,lelaki haruslah terima seadanya bla..bla..bla..
yes,aku memang takde pengalaman beranak,insyaAllah dah kahwin nanti *ehemm* but in this case aku sokong status lelaki tu.aku ada mak,mak yang pernah melahirkan adik beradik aku.memandangkan jarak adik beradik aku agak jauh so aku banyak belajar proses cara penjagaan wanita tu dari mak aku since mengandung,berpantang and so on.
kadang2 aku view instagram wife2 matsaleh ni,even dah anak 4 pun body still mantap takde merekah bagai.
jadi aku terpanggil untuk menulis entry ni.memandangkan aku mix chinese jadi life berpantang ni agak dijaga juga.chinese memang jaga kesihatan tak kisah lelaki atau perempuan,tengok herba sudah lah.macam2 jenis herba ada.aku bukan nak tulis penjagaan berpantang tapi based on that caption buat aku terfikir untuk kongsikan cara penjagaan ketika period sebab pencegahan haruslah bermula dari awal !
sakit tu memang kadang2 tak diduga tapi mencegah itu lebih baik dari mengubati.kalau diri sendiri pun tak terjaga memang tak pelik lah jatuh sakit tu,tu namanya cari nahas diri sendiri !
starting from period ada kawan aku kata time period ni elok minum air gas terutamanya coke sebab darah akan keluar banyak ! wuish,kau bayang lah kalau minum air coke pun boleh hakis usus berdasarkan kajian saintifik,agaknya darah yang mencurah tu darah hakisan rahim kot.time period memang aku stop kopi/teh/air sejuk/air berkarbonat dan memang aku tak minum semua ni even non period sekalipun kecuali teh,sebab aku consume teh hijau halia every night if not period.if period aku akan consume air kunyit sebelum tidur!
taraaa~
tumbuk kunyit sebesar ibu jari,sedikit asam jawa dan sedikit gula melaka.campurkan semua dalam air panas.kacau sebati,bila dah suam terus minum.
kunyit ni banyak khasiat even orang berpantang lepas bersalin pun disarankan untuk makan kunyit sebab kunyit ni melancarkan peredaran darah jadi mana2 darah yang stuck insyaAllah akan keluar.masalah kewanitaan like senggugut,keputihan,gatal dan sebagainya insyaAllah hilang.
aku just kongsikan petua ni sebab aku amal dan Alhamdulillah berkesan.dari uolls makan ubat entah apa2,sometimes ada collagen atau ubat yang tak sesuai dengan tubuh right.jadi aku lebih suka cara tradisional tapi tak bermaksud aku tak guna cara moden.ada juga.
kanser rahim adalah pembunuh nombor 1 wanita ! jangan kerana kemewahan minuman dan makanan sekarang,merana akan datang.sayangilah diri anda :)
No comments:
Post a Comment