Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Friday, 28 August 2015

Nak Cantik Kena Pakai Susuk!

Nowadays memang rata2 masyarakat yang sibuk nak jaga penampilan luar tak kira lelaki atau perempuan masing-masing tak nak kalah.aku akui aku juga buat perkara yang sama! ada yang spent masa pergi spa,lumur masker dan buat rawatan facial.


berdasarkan pemerhatian aku,ramai masyarakat yang tak boleh terima natural beauty yang tuhan ciptakan.yang gelap nak jadi putih,yang putih sibuk berjemur nak kulit asian wave.pernah dengar nama bilal bin rabah? seorang manusia yang hebat imannya,mantap agama dan mempunyai kulit yang amat gelap!tapi raut wajahnya sedap dipandang bukan saja mata manusia tapi juga disisi Allah.MasyaAllah,moga Allah berahmati beliau ameen.

untuk jadi cantik,sedap mata memandang,nak raut wajah yang suci bersih haruslah bermula dari hati.bak kata Dr.Fadzilah Kamsah dari hati terselahnya dari melalui raut wajah dan sikap.kalau hati bersih,solat perfect,qiamulail,zikir jadi amalan harian insyaAllah tenang wajah :)

dalam islam ada cara untuk kekal cantik iaitu "susuk".susuk ni bukan susuk berlian atau jarum dan akhirnya mata kau terbeliak bila nak mati ya.waktu subuh ambil segelas air dan baca surah yusuf kemudian hembus dan minum air tu.susuk ni kalau diamalkan insyaAllah hasilnya menakjubkan! yang penting niat kena betul lillahitaala,bukan nak cantik semata2.hari tu aku ada tengok cerita quran dan sains,siaran tv alhijrah dan ustaz tu cadangkan untuk qailullah.qailullah ni adalah tidur waktu tengahari sebelum masuk waktu zohor.dalam pukul 12 tengahari ke boleh la tidur tapi itu tak bermakna kau kena tidur sampai 8 jam ! paling lama adalah 30 minit sahaja,jangan lupa set alarm.melalui qailullah ni,badan bukan sahaja bertenaga,raut wajah awet muda tapi kau akan ada energy untuk bangun qiamulalail.

tak perlu untuk kau habiskan facial sampai 10k.cukup jaga jasmani dan juga rohani.muka cantik flawless tapi kalau hati gelap,perangai keparit tetap orang pandang tak cantik.yang penting renovate hati,baru kehidupan lebih tenang dan gumbiraaaa :) !


No comments: