Ensiklopedia Doktor Chenta

Sunday, 12 July 2015

Dari Setitis Air Mani Yang Hina

Bismillahirahmanirahim...

sejujurnya aku memang daif sangat bab agama.seriously kebanyakkan aku banyak belajar dari apa yang perhati.semua orang pernah melakukan kesilapan,begitu juga aku yang serba kekurangan.

Image result for sperm

terobek sikit gambar aku masa muda2 dulu ! tu diaaa zaman chenta fast curious 1  menggunakan kepakaran kuat dada! eh silap kuat kaki gear 5 !! 

pk dah2.aku serius ni haip ! melinau kelain pulak! ok kembali kepada tajuk.sebenarnya kita semua dari setitis air mani yang hina jadi aku rasa tak patut antara kita ni punya perasaan bangga diri,syok sendiri bagai.jadi dalam pemerhatian aku lah,ada certain yang jadi jahat *ops! bukan jahat la i mean nakal* bila ditegur tak boleh terima,yang jenis baik lah sangat tu pantang tengok orang buat silap sikit duk rasa macam dia beriman sekali kat dunia  ni hah.

aku banyak buat silap dan kadang2 kita tak sedar kesilapan kita tu makan diri sendiri.yelah masa zaman kudrat urat dawai tulang besi memang tau berfoya je lah kan.tapi mak aku selalu pesan

"FITRAH SEBAGAI SEORANG MANUSIA ADALAH MELAKUKAN KEBAIKKAN! JANGAN MELAWAN FITRAH,BURUK PADAHNYA"

so from that makin lama aku hayati life aku ni banyak yang aku sedar dan aku belajar.keseronokkan hanya permainan nafsu kat dunia semata2.ruginya hidup bertahun tapi takde improvement.

kadang2 aku selalu terfikir macam mana la keadaan aku mati nanti.bila la agaknya.yela benda kita tak boleh nak agak.aku minta sangat dijauhkan nyawa aku diambil dalam keadaan yang Naudzubillahminzalik.`maklumlah iman turun naik.kalau sebut bab istiqamah yang bertahan tu ada lah sehari dua lepastu lendur balik.

aku ni antara penggemar jugak lah cerita tok adi tanah kubur tu hah.lepas solat maghrib berdesup aku bukak TV.udoh bakhang perangai tak matang ko tuh haha.well based on cerita tu memang agak melampau jugak la kan balasan orang2 yang buat dosa atas dunia masa dia mati. ada yang sampai kubur berasap2 sebab panas!

aku takde lah baik,memang jauh sekali.tapi at the same time aku tengah slow2 untuk ubah kearah yang lebih baik.sejujurnya hidup dalam gelombang nafsu ni memang rasa tak tenang jiwa,serba serbi tak kena!kadang2 aku takut jugak,aku hidup atas dunia ni tuhan pandang tak aku,tuhan murka ke tak.

by the way jom lah sama2 kita perbaiki diri untuk saham akhirat akan datang.kalau aku ada silap,silakan tegur bil hikmah tak jadi masalah :).aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada readers blog aku semua yang tak jeluak baca blog aku yang macam puaka ni :'D 

tulisan dalam blog aku ni kadang2 merapu juga tapi aku cuba untuk selitkan sesuatu yang bermakna supaya jadi bekalan untuk aku kat akhirat nanti.ilmu yang aku kongsikan tak lah banyak,ada yang aku ambil dari buku dan ada yang aku cilok dari internet.moga Allah merahmati tulisan orang2 yanng aku cilok tu.

kepada semua readers sama ada kenal aku atau pun tak,kawan2 aku ke yang tengah baca tulisan aku,adik beradik aku,ibu ayah,cikgu,sedara mara bagai,chenta nak minta maaf untuk semua kesalahan chenta dari hujung rambut sampai hujung kaki dunia akhirat,mohon maaf zahir batin.kalau sape2 chenta ada ambil barang,tak lunas hitang piutang ke tolong inform pada chenta secepatnya ye tapi kalau chenta pergi dulu,tak sempat nak pulangkan barang atau lunaskan hutang,chenta mohon halalkan segalanya dunia akhirat termasuk lah pemberian bg pada sape2 yang pernah bg chenta something tu even ilmu sekalipun.

insyaAllah sama2 kita berdoa supaya hidup kita dunia dan akhirat dirahmati oleh Allah,dicabut nyawa dalam keadaan yang baik,ditempatkan dikalangan org2 beriman serta terlindung dari azab kubur dan api neraka ameen3 Ya Allah .


sekian coretan dari chenta,bakal jenazah 

No comments: