hai uolls ! rasa macam takde life dah blog aku ni,sekarang kalau duk update setahun sekali tu tersangatlah kekwat! macam biasa reason aku,SIBUK *tangan kebahu mata keatas*
back to the title,atma multitasking ni senang cerita aku boleh kata bagai menyelam sambil minum air.aku tak yakin sangat yang aku ni seorang yang atma multitasking sebab hanya orang2 yang proaktif je boleh bertindak bak superwoman cenggini !
nawaitu suci aku memang aku nak ada sikap macam tu sebab aku fikir one day aku nak kerja,lepastu nak sambung pHd then kawin,jaga laki jaga anak *ahaks,gedikgatalsedap* since aku buat degree,banyak benda nak kena handle! pendek kata sampai tergigit nyamuk pun aku tak sedarlah time buat kerja! kerja is kerja so bukan timing aku untuk toleh ke kiri dan kekanan!
if aku still di paras fajar menyinsing begitu,aku tak yakin aku akan sedar kalau anak aku merangkak keluar bersendirian nanti ! aku bukan otak 7 cabang,aku tak boleh study sambil dengar lagu,tak boleh study sambil makan sebab aku akan menikmati lagu dan makanan dari study! berbeza dengan adik aku,tiap kali study tiap kali tu dia rancak duk dengar lagu.bila aku tanya soalan laju je dia jawab,masa tu aku rasa masa depan aku gelap bagai dinoda sambil tercengang seluas pintu gua,oh kenapakah~
kesibukkan ni bagai bius! lenyap dialam nyata sampai lapar pun boleh hilang! aku suka sibukkan diri aku dengan knowledge dan sesuatu yang baru! aku tak berapa suka shopping,lepak bagai sebab aku rasa tersangatlah waste my time dan kadang2 membosankan juga but tu bukan bermaksud aku harus akur didepan meja study sambil memakai cermin mata bingkai penuh dan tawaduk membaca buku setebal 5 inci! yeah,something new yang tak menghabiskan masa aku like kor polis SUKSIS maybe hehe..
aku suka aktiviti lasak dengan harapan for fitness! Duduk dekat U sampai 4 5 bulan dapat lah aku turun until 5-6KG kot,balik rumah 5-6KG tu akan naik balik so aku rasa ni adalah salah satu cara untuk aku keep my balance weight and healthy life,haa gituh!
sekarang aku sedang mendidik atma aku untuk lebih double tripple multitasking! yes,fokus banyak benda! so tiada yang mustahil right? matlamat tetap matlamat dan harus ditunaikan hingga menjadi realiti bukan impian tinggal mimpi.You have to learn the rules of the game and then you have to play better than anyone else.
No comments:
Post a Comment