Ensiklopedia Doktor Chenta

Monday, 27 July 2015

Chenta Penghidap Insomnia

To be honest aku tak tahu sama ada aku normal atau paranormal.aku jenis cepat mengantuk,biasa pukul 9-10 malam masa ni aku dah mengantuk dan menguap bagai tak hingat!lepastu pukul 2 pagi aku akan bangun dan fresh sampai ke pagi esok nya.time study aku standard pukul 2 pagi keatas,aku bukan kaki stay up.kalau aku tak tidur pukul 9-10 malam time aku tengah mengantuk tu,pukul 11 lebih feeling mengantuk aku tu akan lesap dan aku tak boleh tidur sampai la ke esok pagi.

sebagai jalan penyelesaian aku buat jus susu kambing madu dan kurma.aku jenis tak suka makan kurma even tekak aku dah biasa disogokkan dengan benda pahit macam ulam dan habatus sauda tapi aku tak boleh go on dengan rasa kurma walaupun manis.sebab itu aku buat inovasi,aku blenderkan buah kurma dalam 2 biji bersama segelas susu kambing suam kemudian aku campurkan madu sesudu.benda ni aku baru amalkan baru 2 bulan.*buat benda ni make sure guna sudu plastik sebab enzim madu/susu kambing/kurma boleh rosak akibat terkena besi*

time puasa,kalau kat hostel takde blender so aku just makan sebiji je kurma sebab tak mampu nak makan banyak.makan tu pun aku makan sambil tahan nafas dan telan,after that aku akan minum air masak banyak2.berbuka pun aku bantai air masak.life aku wajib air masak minimum 2 liter.keajaiban kurma lepas aku amalkan makan kurma,dekat rumah aku buat jus susu kambing madu campur kurma,kalau puasa pagi tu aku workout pun tak rasa penat untuk kekal aktif disiang hari dan masalah tidur aku pun ok la sikit.kalau aku tak dapat tidur,then aku consume kurma aku akan rasa mengantuk lepas sejam lebih.Alhamudulillah :)

kurma ada monosaccharide yang sangat tinggi,lebih tinggi dari pisang, kurma mampu memberikan extra energy yang boleh diserap oleh tbuh badan dengan cepat. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengandung sukrosa disaccharide. kalau yang ni kena dipecahkan oleh enzim dulu sebelum berubah menjadi monosaccharide lepastu baru diserap tubuh sebagai tenaga.jadi tiada masalah untuk aku kekal aktif even puasa.say bye untuk letih dan malas!

"Kemudian Kami tumbuhkan karenanya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebagian kamu makan " (QS. Al-Mukminah ayat 19) 
Kurma antara makanan yang disebutkan dalam quran dan makanan sunnah Rasul.so sudah tentu khasiat nya amat menakjubkan ! Subhanallah hebat ciptaan Allah :)

selain daripada mengubati penyakit,kurma juga mengubati masalah usus,menguatkan daya ingatan dan penawar racun juga :)



No comments: