setiap manusia pasti ada silapnya dan setiap manusia yang melakukan kesilapan pasti terdetik di hati mereka untuk berubah . kadang2 pernah juga terfikir
" Ya Allah , aku banyak berdosa pada Mu Ya Allah ! Bantu lah aku Ya Allah"
sometimes rasa macam tak layak je diri ini diberi keampunan oleh Allah tapi ingat lah bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . pintu taubat untuk hamba-Nya sentiasa terbuka seluas-luasnya selagi kiamat belum tiba , MasyaAllah !
actualy chenta sendiri pun bukan lah seorang khalifah yang sempurna tapi kita mampu mencuba untuk mengubah corak kehidupan ke arah yang lebih baik . hidup ini sentiasa berlandaskan jihad yakni peperangan dan jihad yang paling susah adalah jihad hati ! bukan mudah untuk kita menangkis hasutan riyak,sombong dan segala penyakit yang berpunca dari hati . apabila nafsu amarah menguasai diri,kata-kata pun tidak terkawal thats why sometimes selalu berlakunya perang mulut,mengumpat,buruk sangka tapi pernah tak kita terfikir sebelum kita nak menunding jari pada orang lain yang kita sendiri pun hanyalah seorang insan yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan?
kadang-kadang bila hidup terbiar dalam arus kegelapan,arus maksiat ramai yang akan menyalahkan orang lain tanpa melihat jiwa dan hati diri sendiri
" alaa,aku keluar malam bukan mak ayah aku marah ! kau sibuk kenapa??"
" mak ayah aku tu sibuk memanjang,aku tension ! aku tak cukup kasih sayang !!"
"mak ayah aku tak pernah nak faham aku!"
Allahurabbi ! sebelum menyalahkan orang lain,sila buka pintu hati terlebih dahulu ! kalau betul lah nawaitu kita nak menjadi insan soleh dan solehah kerana Allah,kita sendiri akan mengusahakannya ! bukan susah untuk tarbiyah mendidik hati , buku agama banyak, ceramah agama di youtube bersepah tapi kenapa novel juga yang diminati? kenapa korea juga yang dicari ? tak salah semua tu tapi berilah sedikit masa untuk mengisi kekosongan jiwa dan rohani yang sedang lapar zikrullah !
Allah berfirman dalam al-Quran bahawa hanya dengan mengingati Allah sahaja hati akan menjadi tenang ! banyakkan istighfar,sembahyang sunat dan yang paling penting jangan tinggal amalan fardhu ! pastikan solat fardhu cukup 5 waktu dan tidak melewat2kan solat . jaga hubungan dengan guru,ibubapa,kawan2 malah haiwan juga kerana setiap makhluk Allah itu masing2 mempunyai hati dan perasaaan .
you come to love not by finding the perfect person but by learning to see an imperfect person perfectly so just remind yourself that its ok not to be perfect !
rajin2 lah muhasabah diri,be open minded . kadang-kadang kita terlalu leka dengan keseronokkan,bahagia bergelumang dalam maksiat tapi INGAT bahawa Allah tak pernah berhenti dari melihat setiap kelakuan hamba-hambaNya kerana Allah itu Maha Melihat dan INGAT bahawa kita tak pernah berseorangan kerana di kiri dan kanan bahu kita sentiasa ada malaikat yang setia menemani mencatit dosa dan pahala kita ! INGAT , malaikat maut itu sentiasa melihat kita lebih kurang 70x sehari ! bila2 masa saja kematian boleh datang menjemput , sesungguhnya ajal dan maut itu ditangan Allah jadi marilah kita sama2 persiapkan diri kita agar kita terlindung dari azab api neraka dan seksa kubur insyaAllah , Ammen !
disini,chenta juga ingin memohon seribu kemaafan andai ada silap dan salah , mengguriskan hati u olls dan chenta minta halal lah segalanya evan dari segi ilmu,benda or anything chenta minta halal dan minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki . siapalah chenta melainkan hanya manusia biasa yang mengharapkan mardhatillah :')
# dosa dengan Allah jawapannya adalah bertaubat tapi dosa dengan manusia Allah tidak ampunkan melainkan kita sendiri pergi meminta maaf ! ASTAGHFIRULLAHALZIM .
No comments:
Post a Comment