Salam Ramadhan Al-Mubarak semua ! bila dah time puasa macam ni ramai betul peniaga sibuk prepare untuk bazar ramadhan ye dak ? apa pun jangan terlalu turut pada nafsu , ingatlah bahawa bulan puasa ni adalah bulan yang mengajar kita untuk melawan hawa nafsu , bukan tunduk pada nafsu sekali beli dekat 10 bungkus nasi dagang kau bawa balik jah !
kalau bulan puasa teringat pula zaman kecik2 dulu,sehari puasa dapat lah extra duit raya . 1 hari RM1 sape tak nak ! bukan main lagi tahan puasa semata2 nak dapat duit raya extra ! bila raya memang syok gila,boleh main mercun,beli baju raya dan yang paling penting sekali......................................................DUIT RAYA !!!
tapi bila usia makin meningkat , banyak perkara yang chenta belajar . kita baru sehari puasa dah merungut macam2,nak bangun sahur liat,letih teramat and so on lah tapi sedar tak kita bahawa ramadhan mengajar kita erti kesabaran ! ramadhan mengajar kita memahami perasaan orang2 miskin,orang2 yang serba daif tapi kita kabur ! kabur dengan pandangan nafsu ! time pergi bazar borong sampai tak ingat dunia,lepastu mula lah nak pergi masjid pun liat ! Allahurabbi , moga Allah berikan kita kekuatan iman insyaAllah .
asal bulan puasa je yang girls terus mark bulan puasa tu as a DIET MONTH !
"puasa ni target nak turung 3KG lah"
ubah niat tu biar nawaitu kerana Allah . kalau target nak kurus,bukan nak manfaatkan bulan ramadhan kita hanya dapat kurus saje dan pahala puasa tu akan melayang entah kemana . rugi bukan ?
so bulan ramadhan ni mari lah kita sama2 berusaha untuk melakukan yang terbaik ! tanam azam nak buat qiamulail,khatam quran,belajar ilmu agama . anggaplah bahawa ini adalah ramadhan yang terakhir buat kita semua .
No comments:
Post a Comment