Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Tuesday, 18 June 2013

Lawyer To Be

masa kecil-kecil dulu kalau tanya pasal cita-cita memang highclass je angan-angan dan chenta semestinya berangan tinggi nak jadi seorang doktor

"nanti dah besar saya nak jadi doktor,boleh dapat duit banyak nanti boleh beli kereta."

jauh pemikiran luas pandangan , betapa materialnya chenta masa tu haha . kadang-kadang bila teringat kisah silam rasa macam tak percaya je,kalau dulu chenta berazam untuk menjadi seorang doktor tapi sekarang siapa tahu akhirnya chenta bakal seorang peguam ? insyaAllah . by the way lepas juga lah nawaitu chenta nak jadi doktor tu even di alam siber misteri ni thats why im using my short name as a DOCTOR chenta ok hehe.

time chenta form5 dulu chenta ambil aliran sains tulen,konon target nak jadi doktor leteww tapi sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah . tergugat juga bila tengok ramai kawan-kawan ambil medic kat oversea,sekali caption gambar semua pakai stethoscope lepastu upload dekat facebook "we'll be a doctor 1 day" herm .. putih mata juga chenta dibuatnya tapi itulah takdir . chenta ikut nasihat parent chenta untuk stay dekat negara Malaysia yang tercinta ni.

"kenapa chenta pilih karier sebagai seorang peguam?"



actualy chenta bukanlah seorang pembahas yang mahir yang menang bicara,apakan daya hanya kudrat 4 kerat ni saja yang ada tapi ada hadis mengatakan kerjaya sebagai seorang peguam ni adalah pekerjaan selangkah ke neraka so macam mana ni?

memandang chenta still junior student so chenta lebih tanya pada senior-senior Universiti Malaya untuk bantu chenta yang masih kabur dalam bidang karier ni


yang penting apa pun karier kita biarlah kita lakukan sesuatu tu ikhlas kerana Allah dan letaklah agama nombor 1 . siapa pun kita,kita tetap bergelar seorang HAMBA kepada Maha Pencipta jadi tak perlu angkuh,takperlu ego,sombong,riak bagai sebab sehebat mana pun kita , ingat bahawa itu semua adalah pinjaman dan ujian dari Allah :D

p/s : doakan chenta ya :D

3 comments:

keymekeymoo said...

tak sangka ada juga orang sama cita2 dengan kimi, teringin juga nak jadi peguam, hehe.

pada pendapat saya, semua pekerjaan pun kalau salah tujuannya, salah juga, berdosa juga, semuanya bergantung atas niat sebenarnya :)

Sukma said...

semoga menjadi seorang peguam yang hebat bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara.......

https://thenmnotes.blogspot.com said...

berani hadapi cabaran . jadi peguam banyak cabaran . good luck sis and thanks for the advice =)