Ensiklopedia Doktor Chenta

Wednesday, 19 June 2013

Beat Your Problem Today !

Semua orang ada masalah dan setiap masalah tu pasti ada jalan penyelesaian,chenta juga ada personal problem tapi sejauh mana kita boleh handle sesuatu masalah tu?

sekarang dah mula semester 3 dan chenta kena berkerja keras untuk fokus study sebab awal bulan 11 nanti chenta akan exam semester 3 , bukan setakat kena fokus exam tapi chenta juga kena bertungkus lumus menyiapkan 3 assignment dan presentation ! serius chenta rasa macam nak nangis je , gila ka hapa masa 5 bulan kena buat banyak benda, im not a robot ! tiap2 masa chenta kena menghadap lappy ni sebab nak siapkan assignment sampai mata chenta dah merah macam mata ikan busuk kat pasar tu hah .

bila kerja tak menjadi mula lah nak salahkan orang lain , tapi orang bukan peduli pun pasal kita

"ikut suka hati kau lah masalah kau !"

jadi chenta ambil keputusan nak cari orang yang betul-betul care pasal chenta , konon nak luah perasaan letew tapi adakah masalah akan selesai ? siap ke assignment chenta tu ?

ini lah manusia,dah habis mengayat kat facebook , luah kat member and lastly baru lah ingat Allah mengharapkan keajaiban

"Ya Allah Ya Tuhanku,Kau permudahkan lah segala urusanku Ya Allah"

Allah ada berfirman "Aku tidak akan mengubah nasib seseuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya" . nak tak nak kita kena hadapi juga masalah tu and no need to stress because stress is basically a disconnection from the earth,a forgetting of the breath . 

apabila dalam masalah atau dalam kesusahan,cepat-cepat mohon pertolongan dari Allah dahulu bukan update status kat facebook and so on ! tak guna nak hangin 1 badan pun , tak selesai masalah juga so just take a step back ,inhale and laugh !

jadi siapa-siapa yang ada masalah tu tak payah nak sakit kepala,minta lah pada Allah dan ingat,hanya dengan mengingati Allah sahaja hati akan menjadi tenang . beat your problem and move foward ! yakin bahawa anda boleh !

1 comment:

Bonda Qalish said...

saya tag kamu

http://bondaqalish.blogspot.com/2013/06/give-away-by-aqma-craft.html