Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Thursday, 13 June 2013

Hanya Dengan 1 Minit

kadang-kadang kita lalai dengan kehidupan , duduk menghadap laptop berejam terasa amat sekejap tapi menghadap buku 1 jam punyalah malas am i right ? tapi pernah tak kita terfikir apa yang kita dapat dalam masa 1 hari tu ? chenta rasa mesti kita lebih banyak membuang masa dari buat perkara yang berfaedah ! itu lah penangan website yang membuat remaja semakin hari semakin menggila ! yang angau bercinta tu 1 hal , update status cinta jiwang . bukan main lagi ayat dia , "lautan api sanggup ku renangi" agak2 kalau jatuh dalam neraka sanggup tak redahi bersama? talk to your hand lah !

by the way tak payah lah nak jadikan website ni sarang gusti update status caci maki , kau sikit pun tak nampak bagus lah . kau maki orang , orang maki kau balik adalah bila tengok status kau yang bergaya macam juara smackdown !

sebenarnya tak susah untuk kita dapat pahala ! dalam masa 1 minit , bertan-tan korang boleh dapatkan pahala dengan mudah kalau hati ikhlas insyaAllah pasti dapat ganjaran dari Allah .

1) BERZIKIR "SUBHANALLAH WABIHAMDIHI SEBANYAK 100X"

"sesiapa yang membaca (lafaz diatas) sebanyak 100x pada setiap hari,berguguranlah dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan" - hadis riwayat bukhari dan muslim

2) BERZIKIR "SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL A'ZIM"

"inilah ungkapan yang ringan di lisan,berat pada timbangan (mizan Allah) dan disukai Allah" - hadis riwayat bukhari dan muslim

3) BERZIKIR "LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAH"

"ini adalah antara ucapan yang tersimpan dalam khazanah syurga" - hadis riwayat bukhari

4) BERSELAWAT KE ATAS NABI SEBANYAK 30X

sekali kita berselawat,Allah akan berselawat untuk kita dengan 10x ! kalau 30x , ini bermakna kita mendapat 300x selawat dari Allah ! mudah bukan ? jom selawat ! "ALLHUMA SOLLI A'LA SAIDINA MUHAMMAD"

5) MEMBACA SURAH AL-IKHLAS SEBANYAK 15X

membaca 1x surak al-Ikhlas seumpama 1/3 al-Quran,maka dalam 1 minit sahaja kita mendapat pahala seumpama 5x mengkhatamkan al-Quran ! Subhanallah , Maha Pemurah nya Allah tapi kita langsung tak merebut cinta-Nya .

6) MEMBACA 5X SURAH AL-FATIHAH

surah al-Fatihah merupakan surah teragung didalam al-Quran . "hendaklah aku ajarkan 1 surah yang merupakan surah teragung dalam al-Quran? iaitu Alhamdulillahi rab al-alamin.ini 7 ayat yang berulang-ulang beserta al-Quran agung yang kau terima." - hadis riwayat bukhari

7) MEMBERI SALAM DAN BERJABAT TANGAN 

salah satu petanda akhir zaman adalah bila hanya ada insan yan memberi salam tapi hanya kepada orang yang dikenalinya sahaja dan akhirnya tiada lagi orang yang akan memberi salam ! bila jumpa kawan-kawan dari jauh lagi jerit nama kawan tu , bila terserempak dengan orang kita tak kenal semua pakat buat tak tahu . ini lah masalah umat akhir zaman , budaya memberi salam menjadi pelik ! Allahurabbi .

8) MEMBACA 2 HELAI HALAMAN MAJALAH YANG BERMANFAAT

kalau novel korang boleh khatamkan hanya dalam 1 hari , cerita korea korang boleh habiskan berjuta episod dalam masa 1 jam , apa salahnya tambahkan ilmu hanya dalam masa 1 minit terutamanya dalam ilmu agama . sekurang2nya hidup ni tidak lah dibelenggu kejahilan dan kebodohan agama.

9)MEMBACA SEHELAI HALAMAN AL-QURAN

sastera cinta sanggup baca walaupun berhelai muka surat , mesej dari buah hati bukan main lagi syok dibaca , jom baca sehelai halaman surat cinta dari Allah ! hati tenang , pahala pun dapat .

10) MENDAPAT REDHA DAN RESTU IBUBAPA

dari tatap gambar buah hati lebih baik tatap muka ibubapa , dari jumpa buah hati lebih baik kita gembirakan hati ibubapa kita,yang duduk asrama luangkan masa untuk bertanya khabar ibubapa kita bukan sibuk bergayut dengan buat hati je . ingat , redha Allah terletak pada redha ibubapa ! kalau ibubapa tak redha dengan kita, berkecil hati dengan kita macam mana Allah nak redha? macam mana kita nak berjaya didunia dan diakhirat? amalkan sebelum tidur kucup pipi ibubapa dan mohon maaf pada ibubapa walaupun kita rasa kita takde buat salah tapi siapa tahu jauh disudut hatinya sedang sedih kerana kita .

11) MENGANGKAT TANGAN BERDOA MEMOHON HAJAT KEPADA ALLAH

Allah berfirman "sesiapa yang memohon kepadaku,nescaya akan kuperkenankan"

jom sama-sama meraih cinta Allah ! tak susah pun , sambil2 menulis blog , bermain facebook pun korang boleh buat ! hati buta kerana jauh dari Allah . terangi ia dengan memperbanyak zikir dan menunaikan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah , insyaAllah hidup dan hati kita pasti tenang dalam barakahNya ameen .

1 comment: