ini adalah sebahagian modul assignment chenta , sebahagian baru ni . teringat pula zaman sekolah dulu kalau time cuti memang berguni lah homework cikgu bagi , bila gelabah tak siap buku member jadi mangsa , itu baru betul persepakatan membawa berkat !but now when i have become a upgrade student , assignment lebih banyak lagi rupanya dari kerja sekolah . tak siap kerja sekolah kena berdiri atas kerusi , tak siap assignment exam dapat telur ayam lah jawabnya . untuk semester 3 chenta terpaksa siapkan 3 assignment ! assignment bahasa arab , bahasa melayu dan usuluddin herm .. tengok tittle subjek easy like to go tapi muntah hijau juga chenta dibuatnya nak study dan siapkan assignment untuk subjek ni .
as a student, study dan kehidupan memang tak dapat dipisahkan bagai isi dengan kuku . nak tak nak kena push juga geladah segala isi buku tu , kalau malas nasib badan lah menanggung ye dak ? jangan menyesal dikemudian hari sudah lah . kalau nak ikutkan penat tu memang tak dapat dihitung . sekarang ni pun chenta just tidur 2-3 jam sahaja , actualy memang tak bagus untuk kesihatan tapi apa boleh buat , nak seribu daya tak nak seribu dalih . bukan senang nak berjaya , kita tengok kawan2 kita dapat tempat pertama setiap kali exam gila punya berlagak cool je muka . bila tanya "kau study macam mana ek? banyak ke kau study?" memang dengan simply nya mereka akan jawab "aku tak study pun" . choi ! mungkin mereka tak study sangat tapi mereka fokus dalam kelas sampai nak terkam cikgu kat depan tu . habis kalau time cikgu mengajar kita cakap belakang , tersengguk-sengguk dalam kelas reka plan KLCC version 2 atas meja perlu ke nak berlagak cool macam best student study sikit2 je sudah? memang tak lah kan melainkan kalau otak korang memang sahih genius ala-ala adi putra gituh ! by the way , chenta tak boleh study tanpa buku mind map pink kesayangan chenta tu hehehe !
the next step after i finish the assignment,chenta kena buat slideshow la pula untuk presantation .bear tu memang chenta tak pernah tinggal even dah lama tapi berharga , its given from my fiance hehe . Alhamdulillah , sejak masuk kedalam dunia blog ni untuk bab2 bahagian komputer macam slideshow , coding atau apa2 je lah berkaitan dengan komputer sedikit sebanyak dapat membantu chenta dalam bidang IT ni , tak lah nampak sangat macam duduk bawah tempurung besi . masa zaman sekolah dulu , time presantation chenta memang gedik tahap gaban cover malu . zaman sekolah pembentangan pakai kertas mahjong then tampal kat white board lepastu terang lah apa yang ditulis tu berdiri tercagat macam pembajak sawah,yang member duduk sakat belakang memang nak kena penampar la kan tapi fikir2 " we are bestfriend lolz!" . but now , chenta presentation pakai LCD dalam bilik kuliah ! almaklumlah dah besar dah kan , tak main lah kertas2 mahjong ni haha . time nak present pakat duk bawak laptop sebeban ni dalam beg hadoi lah . pengalaman banyak mengajar chenta dan sekarang chenta lebih berkeyakinan dan agresif bila berhujah dihadapan orang ramai . agak2 ada gaya boleh jadi peguam syariah tak ? hahaha .
so for all my readers,chenta minta maaf andai ada silap dan salah as we know manusia tak pernah lari dari kesilapan dan chenta minta halal lah semuanya . doakan kejayaan chenta dapat 4flat untuk exam nanti , amin ! nasihat chenta , pada adik2 yang masih bersekolah tu guna lah masa tu untuk study betul2 ! bukan senang mak ayah nak cari duit suruh kita belajar . stop2 lah kalau yang bercinta ke yang gila webie ke , ingat masa itu amat berharga . mungkin depan kita mak ayah kita cool je tapi dalam hati mereka pasti terdetik nak tengok anak2 mereka berjaya , ambil anugerah atas pentas . boleh bayang tak perasaan mak ayah kita bila kita di undang untuk ambil anugerah dan nama kita dipanggil untuk ke atas pentas bagi menngambil anugerah , memang menitis air mata kegembiraan mereka . paling tak pun dalam hati mereka pasti bersyukur yang tak terhingga . at the same time , akhlak pun kena jaga sebab apa yang kita buat secara auto orang akan refer pada parent kita , " eeii , anak sape la tu ek? kesian mak bapak dia kan." so jagalah maruah dan air muka our parent .
kalau ada rasa malas ke , stress ke terus tolak tepi . bukannya lama karier sebagai seorang pelajar ni . The person who says it cannot be done should not interrupt the person who is doing it,You become what you believe. jagalah hubungan dengan kawan-kawan , guru-guru,ibubapa dan yang penting sekali jaga hubungan dengan Allah . solat jangan tinggal , quran janggan tinggal,jaga solat dhuha dan rajin2kanlah diri tu untuk bangun qiamulaliail dan puasa sunat , kejayaan itu rezeki dari Allah , kalau kita tak jaga hubungan dengan Allah , macam mana Allah nak turunkan rezeki untuk kita .
doakan lah chenta dapat yang terbaik and seriously chenta gelabah tahap gila nak siapkan assignment yang bertimbun ni .
p/s : Dream big and dare to fail ^_^
3 comments:
gud luck chenta ! follow u
study mmg memeningkan tapi hasilnya kelak baru kita tau kan... nak berjaya kena bersusah payah dulu...
pssstt... gambar laptop tu sama la dgn saya punya ekekke
akak amik cos medik ke?
Post a Comment