Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Friday, 3 May 2013

Janganlah Ego Sangat

Assalamualaikum para pembaca blog chenta sekalian ! jenuh rasa nak taip entry kat blog sejak rutin harian makin fitness gituh ! Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua , ameen .


Mood : busy for exam , study time :(

720 minit menghadap buku boleh mengakibatkan penyakit mental berlarutan , ini fakta sasau chenta ok ! jadi sebagai langkah penyelesaian chenta buka laptop dan terus typo "muka buku" dekat pakcik google !

bila tengok dekat newsfeed , banyak orang banyak ragamnya . kadang-kadang ada juga chenta menegur sekiranya ada something wrong ke , tapi biasanya chenta akan dibalas begini

" kau ingat kau tu baik sangat ?? nak tegur orang cermin dulu diri tu !! jangan rasa sempurna !! dosa masing2 , kubur lain2 ! "


apa kau ingat aku batak perfect ke ? hello , kalau nak tunggu orang yang betul2 sempurna untuk tegur kita sampai kiamat pun tak jumpa like english says " nobody perfect ! " . by the way chenta nak bagi tahu lah , kubur lain2 dosa masing2 ? ingat lah setiap apa yang kita buat ,saham dosa tu tetap akan tempias kat orang lain terutamanya ibubapa kita dan kita yang melihat kemungkaran seseorang sekiranya kita tidak pergi berdakwah dan mencegah perbuatan tersebut , di akhirat nanti kita akan dipersalahkan tau sebab tak mencegah kemungkaran ! Allahurabbi .. mulut senang je cakap kubur lain2 , apa kubur kau tanam dekat atas gunung ek ? kesian jiran kubur kita seandainya kubur kita diazab , jiran kubur kita pun tak tenang dibuatnya . Nauzubillah , moga Allah melindungi kita semua .

buanglah ego dalam diri dan cuba untuk terima nasihat orang lain . Girl bila cakap pasal aurat mula nak melenting , perempuan maybe tak kisah tetapi lelaki kisah sebab mereka ada NAFSU ! lepastu mula lah jerit minta tolong sebab diganggu oleh lelaki gatal , tapi semua tu berpunca dari siapa ? berjalan kehulur kehilir , orang lelaki sibuk tengok tak henti2 mula rasa bangga ! ouch ! bangga ?? malu lah chooi jadi bahan pencuci mata nafsu lelaki ! islam dah tetapkan , syarat pakaian wanita baju biar lengan panjang , pakai tudung yang labuh bawah dada plus tak jarang , baju tak ketat dan tak jarang sebab wanita itu adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan ! so salah siapa ?

itu pasal aurat , tak tambah lagi dengan mulut yang tak habis2 sumpah seranah berzikir #$%&*@ tak henti2 even boys sekalipun , kalau girl lah mulut macam ni amat lah teruk ! update status bagai , caci maki orang lain , tak perlu lah semua tu . sekali orang baca status kita , kita yang dapat dosa dek kerana status caci maki kita tu !

kadang-kadang ada juga yang cakap

" mak ayah bukan main baik je , alim ! tapi anak macam hantu !!! "

tak perlu nak salahkan mak ayah kalau dah begini jadinya , mak ayah dah bagi didikan , agama ada , berubah lah ke arah yang lebih baik . mula2 mungkin susah tapi lama2 insyaAllah Allah berikan kekuatan . 

chenta kesian sangat tengok anak2 remaja zaman sekarang , bila jalan tengah bandar terasa orang melihat padhal orang duduk mengata kat belakang

"eh teruknya ! anak siapa lah tu ! kesian makbapak dia"

nampak permainannya kat situ ? kesian mak ayah kita , kerana kesalahan diri sendiri maruah mak ayah dipijak2 !

jadi cuba lah berubah ! bila lihat kemungkaran mintalah kekuatan dari Allah untuk mencegah , peduli apa orang nak kata sebab kerja dakwah bukan kerja yang mudah !


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri-
Otak ada , tapi letak kat microwave .. Bikin malu. Kalau dah terasa tu , berubahlah .. Jangan cari alasan untuk terus hidup bergelumang begitu .. carilah ilmu agama , ilmu perlu dicari bukan tunggu disuap !

# bersihkan hati , sucikan minda , ASTAGHFIRULLAHALAZIM :) .. mohon maaf andai ada silap dan salah .

2 comments:

Unknown said...

biasalh lah tu kan .... manusia semua nak menang .. yang salah dirasakan betul yang betul tak de ruang nak tegakkan kebenaran .. tapi, tak pe .... masing2 dah besar . pandailah fikir sendiri kan ... =D

Unknown said...

betul tu..mmg kubur lain2 kan tapi kalau die yg uruskan sndri pngebumian die tu takpe la..yg mncarut tu paling xsuke.. :( nice entry and dtg melawat chenta balik :)