korang pernah tak menonton filem arahan P.Ramlee yang bertajuk "musang berjanggut" ? dalam filem tu dikatakan "perempuan menjaga maruah , betina menjual maruah" itu adalah kata2 Tun Nila Utama ketika menolak titah sultah,ayahndanya supaya berkahwin menyebabkan ayahndanya itu sangat murka . Lalu Tun Nila Utama diberikan tempoh 3 bulan untuk membawa pulang seorang perempuan ke istana . Bermula dari itulah Tun Nila Utama mengembara berbulan-bulan untuk mencari siapakah gadis yang kena dengan taste nye tu .
Tun Nila membawa bekalan yang terdiri daripada beras,cili,garam,gula,bawang dan halia dan semua bahan itu digaul sebati ! Tun Nila ingin mencari seorang perempuan yang berjaya mengasingkan bahan2 tersebut ! selagi dia tidak berjumpa dengan perempuan yang berjaya mengasingkan bahan2 tersebut untuk dimasak , dia tidak akan berhenti mengembara . Akhirnya Tun Nila berjaya menemui Sriwangi yang berjaya memisahkan bahan2 tersebut kemudian memasakkannya untuk Tun Nila .
Tun Nila membuat keputusan untuk membawa pulang Sriwangi dan menjadikan Sriwangi sebagai isterinya . Sriwangi berjaya menambat hati semua orang di istana termasuk ayahnda Tun Nila sendiri kerana Sriwangi bukan sahaja mempunyai rupa paras yang cantik malah sempurna nilai2 kewanitaannya ! di saat Tun Nila dititahkan keluar untuk mencari musang berjanggut oleh sultan , Sriwangi di intai , digoda dan dirangsang dengan pelbagai cara namun sriwangi tetap dapat mempertahankan maruahnya sebagai seorang wanita .
itulah sebenarnya nilai seorang wanita ! di akhir zaman ini , wanita yang sempurna ibarat sriwangi , sukar dijumpai ! seperti kata2 Tun Nila ketika sultan mengarahkan Tun Nila supaya Tun Nila berkahwin
"anaknda tidak mahu berkahwin kerana diluar sana itu betina ! bukan perempuan ! "
lelaki yang baik adalah lelaki yang memandang seseorang wanita itu dengan keimanan , tingginya darjat seorang wanita itu . bukan sekadar pandang cantik dirupa , sekadar mengikut kata2 nafsu yang akhirnya terputus di tengah jalan .
sumber : google
bukankah lebih cantik dilihat , manis dipandang sekiranya aurat dan akhlak terjaga ? percayalah , lelaki yang baik dia akan berusaha mencari wanita yang terbaik kerana wanita yang terbaik itu lah akan membantunya membimbing anak2 dan membawa alam rumah tangga ke jalan yang diredhai Allah bukannya mengheret suami ke lembah neraka . so para kaum adam beware , carilah yang terbaik . bukan mudah kahwin ni sebab disaat akad terlafaz dan diijabkabulakn , bermula lah tanggungjawab suami untuk menanggung dosa2 si isteri ! jangan sampai isteri ke neraka , lepastu heret pula suami ke neraka , Nazubillah , minta dijauhkan ameen .
khas buat para muslimah , sesungguhnya Allah menjaga martabat kaum wanita , disaat wanita dihina pada zaman jahiliyah , Rasulullah datang dengan membawa sinar mengangkat darjat para2 wanita . jangan lah sesekali menjatuhkan martabat dan maruah seorang wanita kerana di situlah menjadi rebutan buat para lelaki yang soleh .
tak perlu nak pakai makeup tebal , pakai seksi2 , tudung singkat , baju seluar ketat macam balut nangka kalau semua itu sekadar dipandang oleh semua lelaki sebagai tuntutan nafsu ! biarlah yang "halal" saja melihatnya kerana itu yang lebih berhak . jangan biarkan diri ditonton oleh semua para lelaki , biarlah ia menjadi limited buat kaum adam yang layak dijadikan suami .
Saidatina Fatimah berkata " wanita yang solehah itu tidak suka mengenali dan dikenali , tidak suka memandang dan dipandang serta dibibirnya tidak meniti nama-nama lelaki dan bibir lelaki tidak meniti namanya"
mahalnya harga seorang wanita yang solehah . ada certain yang cakap
" saya tak pandai ilmu agama !"
"ops ! sorry ! tak sampai seru lagi ! "
jangan mencari alasan dalam bab agama ! wahyu sudah diturunkan bertahun2 lamanya pada zaman Rasulullah ! atas diri masing2 sama ada nak atau tidak kerana ilmu perlu dicari , bukan tunggu disuap sampai kejahilan melanda dalam diri , Nauzubillah !
Ustaz Azhar Idrus says " tak guna belajar tinggi2 sampai pHd tapi bab agama tak tahu menahu ! hukum hakam tak tahu sampai mak ayah meninggal pun tak tahu macam mana nak urus jenazah mak ayah sendiri !! " Allahurabbi , sedih bukan ?
takut diejek ? diherdik apabila hendak berubah ? buang semua perasaan negatif hasutan dari syaitan itu , pedulikan apa orang nak cakap yag penting kita berubah kerana Allah , berubah kerana islam . InsyaAllah , Allah akan tolong dan yakinlah dengan pertolongan Allah . sesungguhnya wanita yang paling cantik itu wanita yang mahal harganya ,wanita solehah yang menjaga keimanan dan ketakwaannya kepada Allah yang sangat takut kepada azab api neraka . ketahuilah bahawa panasnya api neraka adalaj 70x lebih panas dari api dunia !!! api dekat dunia ni pun dah tak boleh tahan , kena sikit dah melecur , apalagi api neraka sekali kena berkecai daging , berderai isi perut ! Allahurabbi , Maha Suci Allah .
dari AbdulRahman bin Auf , Rasulullah SAW bersabda " jika seorang wanita itu menjaga solat 5 waktu , menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya nescaya dia masuk syurga dari mana2 pintu yang dia inginkan " (hadis riwayat Ahmad nombor 1661 , hadis hasan lighairihi)
banyakkan istighfar , agar dilembutkan hati dan berdoalah moga Allah berikan kita semua kekuatan serta pasangan , zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah ameen .
# ASTAGHFIRULLAHAL AZIM .. sesungguhnya sebaik2 perhiasan didunia adalah wanita solehah , Subhanallah ! moga Allah menjadikan kita dikalangan orang2 yang soleh dan solehah , ameen :)
No comments:
Post a Comment