Jam menunjukkan pukul 3 pagi,rasa liat juga nak bangun ni tapi nak tak nak kena paksa lah nafsu yang kuat memberontak ni . walaupun bangun pukul 3 pagi ni dah menjadi sebahagian dari rutin hidup chenta , bila tubuh rasa letih nak buka mata pun susah .bangun awal murah rezeki hehe . janganlah bangun time2 tengahari matahari tercegat atas kepala tu nak2 kalau school holiday , teruk choiii ! Biasa kalau ikut schedule chenta , pukul 11.30 malam chenta akan tidur dan set mind bangun pukul 3 pagi . Ada juga certain tanya chenta
"bangun awal2 ni nanti dalam kelas tak mengantuk ke chenta?"
actualy pernah juga rasa mengantuk dalam kelas ni . lecturer bagi kuliah kat depan , chenta tersengguk-sengguk kat belakang . nak tak nak kena bertahan , jiwa mesti kental beb ! kadang2 chenta akan bekalkan air sejuk siap dengan ketulan ice lagi bawa pergi kelas . senang nanti masa urgent chenta just basuh mata pakai air sejuk , paling tak pun kunyah air batu dalam kelas gerenti hilang mengantuk tu hehe .
Entah lah kenapa rasa rindu pula saat tika dulu . saat CHENTA AS A STUDENT . nak luah overfeeling ni dekat member , takut tak ada yang nak melayan so blog serba daif chenta ni lah tempat chenta meluahkan segala terpendam .
Chenta bangun dari tidur terus chenta pergi survey kat luar nak tengok mana tahu ada lagi kawan2 chenta yang bangun time2 macam ni kan . lampu dekat perpustakaan mini bernyala ! sah ! ni mesti ada yang tengah study ! choiii ! aku jelous tau ! masuk bilik capai buku terus mula study . Tengah syok study tiba2 je rasa teringat zaman2 chenta sekolah menengah dulu , banyak sweet memory ! terus chenta capai laptop dan taip entry luahan hati pukul 3 pagi ni , tergadai juga separuh waktu chenta nak siapkan entry ni hehe .
kalau zaman sekolah menengah dulu , chenta stay kat asrama memandangkan rumah jauh berbatu . kalau kena minggu tak balik tu rasa nak nangis je , nak2 time call dengar suara parent lagi lah berderai air mata ni nak jatuh . by the way yang paling syok adalah time before and after SPM ! bangun 2 3 pagi sanggup semata2 nak study group sama2 . rasa dah macam adik beradik je masa tu . enjoy sama2,study sama2. pendek kata masa last hari exam SPM tu memang hari yang paling sedih buat kami sebab terpaksa berpisah dan buat haluan masing2 lepas ni .
bila dah habis sekolah, rasa macam nak undur balik je waktu tu . tak selalu kita hidup sebagai seorang pelajar sekolah tapi sekarang ramai chenta tengok yang tak menghargai zaman persekolahan . parent hantar pergi sekolah , sibuk bercinta , ponteng kelas . ada juga tangan2 yang rajin menghapdet status di facebook
"malasnya nak pergi sekolah!"
kenapa perlu malas ke sekolah? ramai lagi orang yang hidup susah kat luar sana yang nak bersekolah . kita tak pernah rasa bahawa tugas sebagai seorang pelajar itu adalah amanah ! parent penat kerja siang malam semata2 nak hantar anak2 pergi sekolah , tengok anak2 berjaya tapi berapa ramai student yang tidak memanfaatkan peluang yang ada.
Lecturer chenta pernah berkata , "sekirang seseorang anak itu dihantar ke sekolah tetapi dia tak menunaikan amanah dia sebagai seorang pelajar,belajar main2,bercinta,homework tak siap , bila dia gagal dalam peperiksaan hukumnya adalah BERDOSA !" u see? berdosa kalau kita gagal dalam peperiksaan even kalau kita berjaya dengan cara meniru sekalipun hukumnya sama , TETAP BERDOSA ! tak perlu lah nak bangga dapat 12A+ kalau masuk dewan peperiksaan bawa "toyol" , tak berbaloi lah beb .
nak berjaya bukan senang . "nak seribu daya tak nak seribu dalih" . ada juga pelajar yang cakap
"saya dah usaha tapi nak buat macam mana,dah takdir!"
kenapa perlu salahkan takdir sedangkan Allah ada berfirman bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia yang mengubahnya ! sepatutnya kita kena refresh balik dan muhasabah diri . berapa banyak aku study? aku jaga tak solat? hormat tak parent? jaga tak hunungan dengan kawan2? dengan guru2? sebab semua ni memberi kesan terhadap kejayaan kita.
Nik Nur Madihah , pelajar terbaik SPM yang berjaya mendapat 21A berkata " setiap isnin dan khamis saya akan berpuasa sunat , banyakkan qiamulail dan menghafal al-quran ." nak berjaya , hubungan dengan Allah mesti nombor 1 ! jaga hubungan persaudaraan dengan manusia sesama manusia , tak perlu nak tunjuk ego rasa benci kat orang lain . Hati yang kotor , hati yang penuh dengan maksiat , ilmu tak akan lekat . so nak berjaya , banyakkan muhasabah diri , belajar bersungguh2 dan tawakal iaitu jaga hubungan dengan Allah bersungguh2 . Doa dengan bersungguh2 baru makbul ! kalau boleh biar feeling sampai air mata kita menitis saat kita berdoa tu .
apa2 pun chenta doakan korang terus maju dan berjaya di dunia dan akhirat , ameen . doakan chenta juga ya dapat 4 flat , exam is around the corner ! semua orang boleh berjaya,cuma nak dengan tak nak,malas dengan rajin je , pilih :)
1 comment:
semoga berjaya sis chenta.
senarai peserta simple GA dah kluar.
http://sayaeesya.blogspot.com/2013/04/pemenang-simple-giveaway-by-sandra.html
Post a Comment