sometimes readers,pengalaman mengajar kita erti kehidupan . actualy dari mata kasar chenta , chenta tengok ramai student yang lebih pentingkan perkara lain ! terutamanya yang hyper sukan dan yang berjawatan bagai tu . tak salah kita nak pegang jawatan besar dan bersukan sampai ke peringkat olimpik tapi pembahagian masa secara efektif tu perlu ada !
kadang2 ada juga chenta dengar suara halilintar dari para student
"kau tak tahu , kau tak rasa apa yang aku rasa ! kalau aku tak jalankan amanah jawatan aku ni nanti dekat akhirat aku akan di soal ! "
experiment chenta memang ni lah ayat yang biasa student berjawatan gunakan , hampir 90% u know that ??! (memandai buat kajian sendiri hahaha!) . first time chenta dengar student says macam tu chenta hanya mampu berdiam diri sebab mungkin "YA" statement tu tapi chenta try cari another way untuk tolong para student yang ada problem dalam jawatan expecialy sebab kalau bab sukan ni tak drastik sangat kot . sekali bertanding , dapat hadiah ok settle ! tapi kalau isu jawatan ni rasanya kes berat bagi chenta sebab kita perlu pegang sesuatu jawatan tu mungkin 1 tahun , atau mungkin lebih dari itu !!
bila sebut soal jawatan ni rasa rindu betul zaman2 chenta form5 dulu,biasalah chenta dinobatkan student berjawatan yang tidak berkalibelll gituuw hahahaha ! dulu chenta pegang jawatan pengawas unit kaunselor , kadang2 ada juga kawan chenta yang luah perasaan bagai dan kebanyakanya masalah CINTA ! disebabkan chenta dah biasa dengan masalah CINTA ni thats why chenta pakai nickname chenta yang sekarang ni . konon nak jadi doktor cinta letew walhal ilmu pun tak seberapa hahaha . but my prinsip is kita mesti berani mencuba perkara positif !! cukup imbas kenangan lampau :)
Prof.Dr.Muhaya salah seorang motivator yang terkenal , kalau korang tak kenal tak tahu lah chenta nak mai habaq lagu mana kat hang . prof pernah berkata kalau tak silap chenta dalam buku "pelajar bertanya Prof.Dr.Muhaya menjawab berkenaan dahsyatnya cabaran pelajar" ilmu itu satu kuasa,untuk memajukan diri kita ialah dengan adanya . kalau nak masuk U pun kena ada ilmu,ada result yang power bukan tinggi mana jawatan yang kita pegang jadi utamakan pelajaran ! "
Rasulullah pernah bersabda "inamal a'malu binniyat" setiap perbuatkan dimulakan dengan niat jadi apa niat u all datang sekolah ? belajar? control jawatan? ke bersukan? chenta yakin mesti yang akan cakap "SAYA DATANG SEKOLAH SEBAB NAK BELAJAR" ! kalau nawaitu menyimpang 44 nanti cakap dekat parent nak berhenti sekolah ,ok tutup buku lama .
lecturel chenta pernah juga motivasi ketika ada masa terluang , lect says "GAGAL DALAM PEPERIKSAAN HUKUMNYA BERDOSA !" ingat tu ! lect chenta ada keluarkan dalil bagai bagi membuktikan kebenaran fact ni tapi chenta minta maaf sangat2 to all reader sebab chenta tak sempat salin ayat tu . nanti insyaAllah chenta rujuk lect chenta balik,memandangkan chenta busy dengan assignment mungkin agak memakan masa yang lama . tapi bila difikir2kan wajarkan kita gagal dalam peperiksaan? ye mungkin tak semua yang berjaya kalau sudah tertulis pada takdir , ada lah hikmah disebaliknya yang kita tak tahu tapi as a student usaha dan teruslah berusaha biar last ending gagal atau cemerlang kita akan berasa puas bukannya pasrah dengan ayat "KALAULAH aku buat betul2 dulu bla...bla.." haa,itu adalah petanda bahawa sesorang itu tak berusaha bersungguh2 sebab hasil orang yang berusaha bersungguh last ending DIA AKAN BERASA PUAS HATI ! come on lah kawan2,bangun dari mimpi segera ! balas jasa dan pengorbanan parent tu ! hello,takde lagi chenta jumpa dalam dunia ni mak bapak tak nak anaknya berjaya tapi kalau ada tu tak tahu lah sebab ini bukan kajian menyeluruh ok .
Nik Nor Madihah pelajar yang berjaya memecah rekod dengan mendapat 21A dalam SPM , macam mana dia boleh buat? Act Madihah ada skill study yang tersendiri dan apa yang menariknya pada Madihah ni dia tidak aktif dalam jawatan dan bidang sukan tapi berjaya melanjutkan pelajaran ke oversea ! hebat bukan??
jangan cakap pada diri "ye lah,kau bijak aku ni apa ada" "kau begini..aku macam ni.." tak perlu lah nak banding2kan dengan orang lain sebab semua tu atas usaha kita . semua orang dilahirkan dengan bijak dan yang membezakannya adalah antara RAJIN dan MALAS !!
jadi student2 yang berjawatan dan yang hyper aktif tu utamakan yang lebih penting . tak salah kita nak ada jawatan dan bersukan sampai peringkat international tapi nasihat chenta pandai2 lah urus masa dengan bijak,kawal emosi,dan jangan obses . apa2 pun chenta doakan yang terbaik untuk korang dan wish me all the best luck juga ya T_T
#lain orang lain pendapat tapi ingat masa itu emas dan masa itu tidak boleh diundur ..fikir2kan lah :)
:: maaf gambar tak jelas,sumber from pakcik google act :) ::
No comments:
Post a Comment