Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Saturday, 2 February 2013

Jom Praktik Cara Sujud Dan Rukuk Dengan Betul

Huzaifah melihat seorang lelaki solat tetapi tidak sempurna rukuk dan sujudnya . Beliau pun menegur "seandainya kamu meninggal dunia,kematian kamu bukan dalam agama fitrah" <hadis riwayat Al-Bukhari>

betapa beratnya akibat mengambil ringan tentang rukuk dan sujud . adakah kita sujud dan rukuk tu hanya untuk mencukupkan syarat sah wajib solat ? biasanya orang yang tak tahu rukuk dan sujud dengan betul bukan sebab caranya payah tetapi mungkin kita tak tahu caranya dengan betul dan salah seorangnya adalah chenta . sebab itu ilmu agama ini perlu terus mencari dan mencari sebab ilmu Allah ini cukup luas . Ibadah tak boleh dilakukan ikut rasa2 tanpa panduan ilmu, nanti lain pula jadinya .

terdapat dua bentuk rukuk dan sujud yang tidak sempurna ::

1-jika dilakukan tanpa tamakninah , macam ayam patuk beras je lajunya . solat tak sampai 5 minit dah bagi salam . sebijik macam pelesit .

2-jika melakukannya dengan cara yang tidak betuk yakni tidak seperti yang Nabi ajar .

Bagaimana nak rukuk dengan sempurna?


seorang sahabat Nabi Muhammad SAW meriwayatkan "ketika rukuk,baginda menetapkan kedua2 tapak tangannya diatas lutut sambil membuka jari kemari baginda" <riwayat Abu Daud>

1-korang perlu letakkan tangan ke lutut sambil jari jemari terbuka ,seolah2 korang menggenggam lutut .
2-belakang badab diluruskan kehadapan.
3-kepala diluruskan sejajar dengan kelurusan badan

Bagaimana pula cara nak sujud dengan sempurna ?


sabda Rasulullah yang bermaksud "apabila seorang hambda itu sujud,sujudlah bersamanya 7 anggotanya iaitu wajah,2 tapak tangan,2lutut dan kedua2 kakinya dengan jari2 dibengkokkan sedikit" <riwayat Muslim>

1-7anggota tu mestilah dicecahkan ke lantai.
2-siku mesti terangkat dan tidak cecah ke lantai .sabda Rasulullah " sempurnakan sujudmu,jangan kamu menghamparkan kedua2 lengan atau sikumu seperti anjing" <riwayat Muslim>

jadi sama2 lah kita perbaiki cara rukuk dan sujud kita sebelum terlambat sebab kesan sujud yang sempurna tidak akan dimamah api neraka biarpun tuan empunya terhumban ke dalam neraka ,Allahuakbar T_T