"chenta,how did u get the highest score in the class??"
bagaikan 1 penampar yang hinggap di pipi chenta bila dapat soalan supa dupa diva , bajet macam chenta pelajar terbaik peringkat antarabangsa . actualy kawan2 chenta tertanya2 macam mana chenta balanced timing chenta sebab kalau nak dibandingkan chenta dengan kawan2 chenta dalam bab2 study ni memang kalah chenta !
"study must be smart , not study hard" dalam hidup chenta 1 je skill chenta iaitu SATU . apa ada dengan perkataan SATU ni?
SA - Sedia Awal
sebelum bermula kuliah atau kelas chenta sarankan korang baca dulu topik yang lect nak ajarkan nanti . persediaan awal ini amat penting sebab bila korang dah baca awal2 sekurang2 nya korang tak lah macam orang asli pergi london terlompong mulut 13 inci , paling tak pun korang dah ada basic sebelum lect mengajar !
T - Tumpuan
pakar motivasi Dr.Tg.Asmadi says " tumpuan adalah ibu kejayaan " ! ingat , 1 saat je korang hilang tumpuan secara automatik korang akan hilang maklumat yang penting ! rugi bukan? jadi jangan sia2 kan waktu dalam kelas . tumpuan menyumbang sebanyak 80% kepada kejayaan , percayalah ! tak perlu lah korang nak pinjam nota kawan atau suruh kawan terangkan balik sebab info dari kawan tidak perfect 100% seperti lect mengajar !
U - Ulangkaji
nak tak nak sebelum 24 jam korang wajib ulangkaji apa yang lect ajarkan pagi tadi sebab menurut kajian selepas 24 jam korang akan lupa apa yang diajarkan sebelum tu ! like a britian quote " orang melayu mudah lupa " . biasa chenta akan sediakan 1 buku 555 untuk tulis mind map , senang chenta nak bawak ke hulur ke hilir . tak payah lah mengangkut file berguni ! lepas dah ulangkaji lakukan output skill , buat latihan kasi asah sama otak baru boleh jadi genius ! ops , 1 chenta nak bagi tahu masa study jangan lah korang gaul sekata dengan benda lain ok . biasa chenta tengok ramai student suka study cara 2 in 1 , study sambil layan musik atau study sambil main game, facebook dan pelbagai . cara macam ni memang betul2 mengganggu konsentrasi waktu belajar ! manfaatkan waktu study semanfaatnya .
SATU is chenta's basic study skill , basic baru . ada juga yang tanya chenta , chenta ni tak mengantuk ke dalam kelas padahal malam2 tidur lambat! . biasa chenta akan tidur pukul 2-3 pagi lepastu dalam pukul 4 lebih chenta akan bangun ! macam mana chenta buat??
kalau dari segi bab2 tidur ni chenta rujuk Rasulullah punya cara hidup . Rasulullah pernah mengajar cara untuk dapat tidur yang sempurna , bagaimana?
1) baca doa sebelum tidur
baca tu bukan sekadar baca tapi baca dengan penuh penghayatan ! niatkan dalam hati dan berdoa pada Allah agar dibangunkan awal dan diberikan kekuatan .
2) mengiring ke kanan
pastikan cara korang tidur tu mengikut sunnah nabi iaitu mengiring ke kanan ! nawaitu fi qalbi nak ikut sunnah , insyaAllah pahala pun auto upgrade ! :D
3) tidur antara pukul 11-12
Allah mengurniakan kita waktu rehat antara 11-12 malam , jadi tidurlah dalam waktu 1 jam tu . jangan tidur lebih dari pukul 12 sebab Allah dah jadikan fitrah badan manusia sesuai rehat waktu tu . biasa chenta tidur sekejap dalam tempoh 1 jam tu lah , niat dalam hati nak bangun pukul 12 ke untuk review ulangkaji balik then tidur balik pukul 3 pagi . itulah rutin chenta ! hehehe ..
dalam kelas jangan lupa bekalkan air mineral , air terlalu penting masa study u know that?? masa duduk dalam kelas pastikan body berada dalam keadaan tegak sebab gaya kita mempengaruhi otak kita ! kalau cara korang feel takde mood bagai secara auto pergerakkan korang pun serba tak kena .
yang penting sekali ialah " JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN MANUSIA " . jangan pernah sakitkan hati orang terutamanya cikgu2 , parent dan kengkawan . kalau ada , cepat2 minta maaf ok . jangan biar syaitan menguasai minda dan hati kita ! jangan lupa luangkan masa korang untuk buat qiamulail , penambahan perkara2 sunat macam puasa sunat , solat rawatib dan solat hajat . kali pertama memang korang rasa susah nak buat tapi bila korang istiqamah , insyaAllah Allah tolong dan beri kekuatan untuk kita lakukan benda baik ni . nak otak genius , better hafal quran ok !
ada juga student2 yang tanya chenta
" chenta , macam mana chenta boleh buat kerja dengan cepat? "
Alhamdulillah , dalam masa 1 bulan lebih chenta dah boleh siapkan 2 assignment dan segala jenis nota pun chena dah siap buat sebelum lect mengajar . macam mana nak siapkan kerja dengan kadar segera? salah 1 tip nya adalah JADUAL WAKTU . pastikan korang pandai membahagikan masa dan susun segala akviti bagai korang , baru lah korang dapat buat kerja dengan sharp ! ingat , jangan bertangguh dalam membuat kerja ! kalau ada homework , haritu juga mesti siapkan ! jangan buang masa , remember " time is gold " .
dari segi pemakanan pun kena jaga . rasa tak perlulah korang nak makan maggie ke or minum kopi tengah malam buat ubat tahan mengantuk sebab ni akan mengganggu sistem pemikiran korang . penat2 membaca sampai berejam dah lupa , tak ke rugi?
soalan halilintar yang chenta dapat dari seorang student , dia tanya
" how u can be a proficient in english and arabic? "
actualy chenta ni bukan mahir sangat nak speaking mat saleh dengan pak arab bagai ni tapi maybe its better than before lah . sebenanya benda ni tak susah , korang just kena rajin membaca buku2 english atau arabic lepastu perkataan tak faham cari dalam kamus , tulis dalam 1 buku khas . benda ni senang je cuma antara rajin dan malas je .
chenta nasihatkan korang belajar niat tu perbetulkan lah , niat belajar biar kerana Allah sebab ilmu itu datang dari Allah . kalau Allah redha , InsyaAllah ilmu itu akan kekal . walaupun korang belajar bukan dalam bidang agama , expecialy student U lah kan yang ambil kos engineer ke medic ke . bagus sebenarnya kos korang tu tapi akhirat dan dunia biarlah seimbang ok . basic agama tu ada dalam jiwa , hukum hakam , tajwid bagai tu wajib korang pelajari ! ingat, Allah jadikan manusia ni sama je cuma malas dan rajin je ! korang jangan fikir korang bagus dalam PMR korang akan dapat straight A dalam SPM , jangan fikir yang korang dapat pergi U korang dah berjaya , jangan fikir korang dah dapat ijazah korang akan dapat kerja yang hebat sebab kita tak tahu siapa kita akan datang . yang penting banyakkan usaha dan bertawakal lah kepada Allah moga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan di dunia dan akhirat , ameen !
# kalau korang ada tips2 yang bermanfaat share2 lah ye , sharing is caring ;)
1 comment:
thanx share tips ni..
*terasa diri ini serba kekurangan..patotla x score2 T_T
Post a Comment