Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Saturday 24 November 2012

SERONOK HARI INI , TIDAK MENJAMIN SERONOK MASA DEPAN


AT FIRST


THEN


kita mulakan post entry dengan statistik yang telah dikeluarkan oleh pihak bertanggung jawab dalam hal ini , statistik yang akan membuatkan ramai membuntangkan mata mereka . ohmenn

' bilangan anak luar nikah di malaysia dari 2005 sehingga 2009 yang dicatatkan telah mencecah 70K untuk yang telah direkodkan oleh pihak-pihak bertanggungjawab '

okay masing-masing dah boleh tutup mulut tu , kelipkan mata dan terima lah hakikat serta kenyataan ini . jangan pulak buat rusuhan kat chenta sebab tak boleh terima statik ni =='. so apa yang anda dan anda di luar sana rasa sekarang ? rasa marah ? rasa sedih ? kecewa ? nak menangis ? nak menjerit ? nak apa lagi yang boleh nak . chenta rasa tak perlu nak buat semua tu sebab tak dek guna , nasi dah jadi nasi minyak . okay nasik minyak pun sedap jugak kalau makan . phehhh doktor cinta dah mula melalut~

di saat aku mendengar statik ni , aku rasa sedih . sedih sangat kenapa lah terlalu ramai anak-anak luar nikah yang dilahirkan di malaysia ni . seolah malaysia ni bukan negara islam yang mengharamkan perlakuan zina . astagfirullah hal azim

lelaki dan perempuan bersetubuh tanpa ikatan yang sah adalah HARAM dan berdosa besar . dosa yang sangat besar kerana Allah sangat murka hambaNya melakukan penzinaan sebelum menikah . kenapa susah sangat nak ikut ? kenapa nak ikut jugak hawa nafsu syaitan tu , apa susahnya kalau dah tak tahan nak mendayung di lautan , ajak si wanita tu kahwin , mintak restu mak ayah , baru lah halal untuk bersetubuh . ini tak , dengan cara berzina jugak dipilih . kenapa tak fikir kan masa depan ? kenapa nak fikirkan keseronokan je , tak tahu ke kesan yang akan timbul suatu hari nanti .




apabila anak yang dihamilkan tu dibuang secara kejam . nak jadi ustazah kejap boleh ? anak yang dikandungkan tu tak bersalah , tiada satu dosa pun yang melekat walaupun dia tu adalah anak luar nikah . tapi kenapa anak yang sekecil tapak tangan tu dibuang merata-rata ? kenapa sanggup biarkan jasad sekecil tu melawan gigitan semut-semut kecil yang hinggap . ya Allah kejamnya manusia sekarang , terbiar seorang bayi didalam tong sampah . ingat bayi tu barbie doll ke nak buang-buang ? tahu tak apabila seorang bayi dibuang oleh ibu bapa dia , di akhirat nanti JANGAN menangis merayu bila anak tu menuntut korang di akhirat dan jangan menangis jika seorang bayi yang dibuang masa kecilnya menjadi penunggu korang di neraka untuk diseksa . wallahualam . bayi tak berdosa dibuang macam sampah . sedih tau!

anak luar nikah mempersoalkan kedudukan di dalam keluarga . ingat senang ke nak terima hakikat bahawa kita ni sebenarnya anak luar nikah . terpanah arjuna hati seorang anak mengetahui kebenaran ni . itu kalau dia dapat terima . KALAU . tak ramai yang dapat terima kenyataan ni . silap-silap hari bulan bunuh diri anak tu siapa nak tanggung ? tapi itu lah yang terjadi dalam dunia sekarang . anak luar nikah membunuh ibunya sendiri . sebab apa ? sebab terlalu malu dan sakit hati dengan perangai ibunya sendiri . see akibatnya ? tapi takboleh nak buat apa . nasi dah jadi bubur , takboleh nak masak buat nasi balik .

merosakkan institusi kekeluargaan atau warisan keluarga . si ayah dah melupakan kisah silamnya dan berkahwin secara halal dengan wanita lain . tiba-tiba anak hasil dari perhubungan haram si suami tiba2 muncul dan menuntut hak dia dan akhirnya si isteri sah tu tahu dan menyebabkan penceraian . see ? bukan ke itu merosakkan hubungan kekelurgaan sekaligus menyebabkan warisan keluarga kita berpecah belah . kalau anak luar nikah kita bercinta dengan anak kandung kita dan kalau mereka berkahwin , lagi rumit ! so tolong lah chenta merayu , berzina tu menyebabkan banyak masalah akan timbul masa hadapan .

menerima azab di akhirat . ini adalah suatu perkara yang telah dijanjikan oleh Allah untuk umatNya yang melakukan zina dan tidak bertaubat . sedangkan Allah melarang mendekati zina , apetah lagi melakukan zina . nauzubillah min zalik . seksaan Allah untuk penzina sangat seksa . errr sangat sangat sangat sangat .

2012 akan meninggalkan kita , 2013 akan datang tak lama lagi . so ? mari lah kita sama-sama berubah menjadikan 2013 lebih baik dari 2012 . mari lah . mari lah . mari lah . berubah . tinggalkan perbuatan yang dilaknat Allah dan bersujudlah kepada Allah . bertaubat . Allah sangat menyukai hambaNya yang bertaubat , insyaALLAH dosa-dosa akan diampunkan . berzina tu suatu perkara yang haram . ingat tu :) kepada wanita , perliharalah dara anda dan kepada si lelaki , jaga lah teruna anda . okayy



'KESERONOKAN HARI INI , TIDAK MENJAMIN UNTUK KESERONOKAN HARI ESOK '
' TANDA - TANDA KIAMAT IALAH , TERLALU RAMAI ANAK LUAR NIKAH DARI ANAK YANG HALAL '


1 comment:

-meeSUPERGIRL- said...

di gaza sibuk dengan pembunuhan kejam keatas kanak2. kat msia sibuk dgn buang anak . haih

*mohon buang word verication utk memudahkan og lain komen blog awk :)