Lidah yang dikurniakan Allah ini terlalu besar nikmatnya , namun kita sering menggunakan untuk tujuan yang salah ! buruk akibatnya jika kita terlanjur kata-kata atau tersalah bicara sehingga menimbulkan pergaduhan , permusuhan dan berbagai-bagai kesan negatif yang lain.
larangan2 ini banyak dijelaskan dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah :
berdebat
ramai orang yang suka bertikam lidah ketika berlakunya perselisihan pendapat sampai boleh mengakibatkan situasi menyerang , menentang dan sebagainya .islam tidak membenarkan kita berdebat walaupun kebenaran memang di pihak kita sebagaimana hadis Nabi s.a.w " Aku ialah pemimpin di sebuah syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar (diam itu lebih baik) " - Riwayat Abu Daud
mengumpat
bab kaki gossip , cerita panas biasa nya dikaitkan dengan wanita tapi eiyqa rasa lelaki pun ada juga yang overdose dalam sesi umpatan ni ye dak? hehe .. hampir disetiap tempat ita gunakan untuk menceritakan aib orang lain dan paling menyedihkan majlis umpat-mengumpat ni berlaku di masjid , majlis ilmu , surau . cubalah jaga mulut kita supaya orang tak cakap yang kita ni jaga tepi kain orang . ingat lah Ancaman Allah dalam firmanNya yang bermaksud " celaka bagi pengumpat dan pencela " - surah al-Humazah 104:1
mengadu domba
sabda Rasulullah " tidak masuk syurga orang yang mengadu domba! " - riwayat Al-Bukhari .
elakkan lah perbuatan talam dua muka ini kerana perbuatan ini besar impaknya dalam masyarakat sehingga boleh menyebabkan perpecahan dan saling benci-membenci .
membangga diri
tak perlulah kita nak membangga diri sebab kita manusia semua sama sahaja . baru pandai sikit dah nak tunjuk action . dapat awek atau pakwe handsome mula lah nak cerita kat orang yang partner dia memang best kaw memang da boom ! sedarlah bahawa Allah tidak suka sikap membangga diri .
perkataan yang ditegah
kita dilarang sama sekali berbicara menggunakan sumpah , menyumpah orang lain , mengkafirkan orang , perkataan yang lucah dan sebagainya .perkara ini amat ditegah seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Qalam ayat 10-11 " dan janganlah kamu turuti setiap orang yang suka bersumpah yang hina.yang banyak mencela,yang suka menyebarkan fitnah " .
No comments:
Post a Comment