USTAZ Azhar Idrus, seorang penceramah yang popular bukan sahaja di kalangan tok-tok lebai atau orang yang berumur, tetapi beliau juga semakin diminati oleh golongan muda remaja.
Mengapa golongan muda sekarang ini meminati Ustaz Azhar Idrus?
Pertamanya adalah kerana beliau berani dan tidak gentar menyuarakan yang hak dan menentang kebathilan. Bukankah sifat berani itu adalah jiwa orang muda? Kedua, beliau mempunyai kebolehan menyampaikan kuliahnya dengan pendekatan yang sesuai untuk semua golongan. Jika golongan muda meminati hiburan, Ustaz Azhar Idrus ini berjaya meresapkan aspek hiburan yang berunsur nasihat dan kadangkala sindiran yang menggelikan hati tetapi amat tajam maknanya. Setiap kuliahnya tidak pernah menjadikan suasana sepi dan membosankan. Penyampaiannya yang mudah difahami dan mempunyai unsur humor yang membuatkan suasana kadangkala gamat menyebabkan kuliah beliau diminati golongan muda.
Kadangkala beliau tegas dan keras apabila bercakap soal kezaliman atau maksiat. Beliau tidak akan sewenang-wenangnya menyebut soal kepartian, melainkan apabila terpaksa berbuat demikian untuk memberi kefahaman kepada orang ramai. Di dalam memberikan jawapan atas soalan hadirin yang dikemukakan, beliau kadangkala menjawab dengan jawapan berupa sindiran terutamanya bagi soalan yang dilihat seperti sengaja untuk mengujinya.
eiyqa pernah melihat klip video ustaz di youtube
Beliau ditanya dengan satu soalan yang pada eiyqa sengaja diajukan kepadanya bagi menguji apakah beliau mampu menjawab soalan tersebut. Soalan tersebut berbunyi, " Ustaz, Air Mani adalah air yang suci dan tidak najis. Bolehkah Air Mani dijadikan air untuk berwuduk sekiranya melebihi dari dua kolah?" Soalan ini kelihatan amat bodoh dan jika ditanya pada eiyqa amat mudah untuk dijawap dengan tepat. Jika eiyqa yang menjawapnya, eiyqa hanya akan berkata Air Mani bukan dari 7 jenis air mutlak yang boleh digunakan untuk berwudhuk. Bersih tidak bererti boleh digunakan untuk berwudhuk, sebagai contoh air kopi atau air coca-cola.
Tetapi Ustaz Azhar lebih pintar menjawabnya dengan sindiran tetapi tajam buat orang yang mengajukan soalan tersebut. Beliau menjawab, " Sebelum saya jawap soalan awak, tunjukkan pada saya air mani 2 kolah itu". Usahkan 2 kolah, dapat tadah dua, tiga titik pun susah" Kata beliau sambil disambut dengan ketawa orang ramai. Ertinya, lojikkah air mani dikumpulkan sebanyak 2 kolah? Akhirnya beliau memberikan jawapan juga, tetapi terlebih dahulu beliau menjawab soalan tersebut dengan secara sindiran dan lojik akal. Soalan tersebut, pertamanya tidak lojik pada akal dan keduanya memberi maksud orang yang bertanya itu tidak tahu langsung tentang Air Mutlak. Inilah kelebihan Ustaz Azhar Idrus.
Tidak pelik sekarang ini kehadiran orang ramai mengikuti kuliahnya kadangkala melebihi dari kehadiran orang ramai mendengar ceramah politik dari tokoh utama dari Pembangkang. Begitulah janji Allah, barangsiapa yang memuliakan agama Allah pasti akan dimuliakan oleh makhluk di langit dan dibumi.
p/s : eiyqa minat sangat ustaz azhar idrus! ^^
7 comments:
sy pun peminat ustaz azhar jugakkk...siap trun agi kalau dye de wat ceramah....heheh xrugi pun coz boleh tambah ilmu :)
betul tu..suka dengar ceramah dari ustaz idrus ni..=)
UAI pandai tarik org mude dan pham org mude..huhu
ustaz azhar idrus terbaik!! ^^
ustaz azhar mmg terbaikk ahh..dgr kls dy kadang ase kejap je..tgk x vid ustaz dgn zizan..hok tu molek deh. ;)
btw sy mnat ustaz azhar dgn ustaz don yg dkt tb al-hijrahh tu..setiap kuliah ad sense of humor
coklat susu : betul tu betul..gempak gila tgok ustaz azhar men gitar hahaha! btw ustaz don also da bez! :))
memang best dengar ustaz azhar ni bagi ceramah. :)
Post a Comment