Ensiklopedia Doktor Chenta

Thursday, 19 April 2012

hukum bermain facebook dan blog!

fakta mengatakan bahawa lebih daripada 800 juta pengguna aktif  dan lebih daripada 50% pengguna facebook log in setiap hari
tapi pernah tak korang terfikir apa hukum bermain facebook dan blog? bukankah ini agenda yahudi?

1)bolehkan menggunakan produk ciptaan yahudi?

 umat islam dibenarkan membeli,menjual dan mengguna pakai produk yahudi selagi ia masih halal..Nabi Muhammad juga direkodkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli serta cagaran dengan seorang yahudi :
"sesungguhnya nabi membeli makanan daripada seorang yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi beliau"(direkod oleh Al-Bukhari,no 2326,2/841)
2)tidakkah ia akan menyumbang kepada bangsa yahudi?

 jual beli Muslim dengan seorang yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali disisi islam,malah Rasulullah dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan yahudi di Madinah..persoalannya disini adalah menyumbang kepada yahudi zionis.namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengganas.
sekiranya ternyata daripada yang sahih sumber keuntungan sesuatu transaksi jual beli kita memberikan kepada organisasi yahudi dan hasil pendapatan itu digunakan untuk proses penjajahan haram,serangan dan keganasan keatas umat islam maka menurut sepakat ulama hukumnya HARAM..

3)apa hukum bermain facebook dan blog?

 hukum bermain facebook atau blog adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya bagi menyerang islam atas nama facebook sana ada dana melalui yahudi,amerika dan lain2..

4)kesimpulan dalam penggunaan laman sosial (fb dan blog)

 bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang facebook,mereka dinasihatkan supaya tidak membuka dan menyertai facebook.mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebok supaya lebih berhati-hati tapi tidak boleh sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram sevara umum.

 hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa

 tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi(khususnya wanita)kerana tanpa kawalan ia boleh mudarat dari manfaat..untuk pengetahuan korang,gambar2 korang akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook! jadi berhati-hati..walaupun gambar korang sudah di privacy atau pun delete tetapi data gambar korang akan terus kekal di syarikat facebook dan bila2 masa sahaja gambar korang boleh di hebah, dan sebagainya..

 menyedari yang maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing bagi memantau kehidupan dan informasi kita sekiranya tidak dikawal.jadi jangan masukkan perincian peribadi yang sensitif dalam profile seperti akaun bank,nombor phone dan sebagainya.
sudut renungan "sekiranya ingin mengenali peribadi seseorang,lihat pada pengisian dan item disukai yg terpapar di facebook dan blog peribadinya..fikir dengan iman sebelum menaip,bimbang 'muflis' di akhirat "-ustaz zaharuddin
-sumber info dari buku karya ustaz zaharuddin
p/s : berhati2lah dalam bermain facebook dan blog ;)) peace!^^

4 comments:

Saya mEmang suka Menuliz:D said...

fuhh..seriously reena tak ada fb...bg reena nothing special di fb..thnx 4 this info..memang berguna...=)

cik eiyQa said...

reena xde fb?? whoa! biase blogger mesti ade fb hehehe... welcome,kebetulan bace nampak menarik terus rasa nak share dengan readers :))

Walid Rumansyah said...

Alhamdulillah,,,aq mendukungmu

♔Lady Ainaa♔ said...

ummm, sebenarnya, kalau fb, twitter dan blog ni digune dgn cara yg baik, bende ni tak salah..tp yg haramnya apabila semua ni mnjadi tempat untk kita mengumpat, memburukkan dri kita dan menjatuhkan org lain..

Anyway nice entry...