Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Friday 30 March 2012

revolusi cinta high-class

ouch! so cute! :))

"baby,papa sayang sangat2 dekat baby! lautan berapi sanggup ku renangi!"
" i love u syg,kasih syg abg tiada penghujungnya"

ewah,dalam hati ada bunga nampak hehe..siapa2 pun pernah merasai cinta tu ye dak??
tak semestinya cinta ni special edition untuk couple sahaja
cinta kepada ibubapa kita,cinta kepada Rasul,cinta kepada Allah...
tapi dalam suhu yang menjangkau hampir 30 darjah celcius ni <korang perasan tak sekarang panas?>
eiyqa pun nak sentuh sikit la topik sehangat 30 darjah celcius ni, CINTA HIGH-CLASS...!

untuk pengetahuan readers cinta terbahagi kepada 3!
cinta biasa,cinta luar biasa dan cinta high-class

cinta biasa : fitrah, wanita dan lelaki saling tertarik antara satu sama lain
cinta luar biasa : wanita dan lelaki yang dibuai tanpa kesedaran dan batasan dengan perasaan cinta ini,akan sanggup berkorban apa sahaja demi cinta!

"demi cinta sanggup ketepikan keluarga dan tinggal bersekedudukan dengan si dia" 
"demi cinta,bayi sanggup digugurkan dan dikisar dalam blender"
"demi cinta,pelajaran dan kerjaya sanggup di abaikan demi si dia"

wah! sungguh luar biasa bukan? luar biasa yang membawa binasa! renung2kanlah..
cinta high-class : wanita dan lelaki yang bercinta selepas nikah akan saling melengkapkan keperluan diri,pengetahuan dan agama pasangannya..ini jauh lebih luar biasa!
jika belum bernikah,cinta menjadi high-class apabila teruna dan dara tinggi mujahadah..
fahamkan si dia dengan cara yang benar serta kurangkan perjumpaan dan komunikasi..ia hanya dibolehkan atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan..

daripada al-Nawwas bin Sam'an r.a,Baginda s.a.w menjawab apabila ditanya tentang kebajikkan dan dosa,maksudnya : "kebajikkan itu ialah keelokkan budi pekerti dan dosa itu ialah apa2 yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya."(riwayat muslim)
JADI DIMANAKAH REVOLUSI CINTA ANDA? ^^ ..fikirlah yang terbaik...


nota kaki : khas untuk renungan semua dan juga buat diri eiyqa yang serba daif ini... :)

1 comment:

Shazreena Shukri said...

terbaik!!reena suka cinta high class then cinta luar biasa...lebih selamat yang paling penting dirahmati Allah S.W.T.=)