Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Wednesday 21 March 2012

makin lama makin sibuk


mula2 eiyqa masuk pagar sekolah memang kecut gila nak ambil slip SPM
tapi Alhamdulillah ok ,cuma eiyqa tak dapat capai impian eiyqa untuk ambil medic
disebabkan keputusan addmath eiyqa yang kurang memberangsangkan
hadoi..kacau betul addmath ni =.="

tapi eiyqa masih dengan impian eiyqa untuk bergelar sebagai seorang doktor
bak kata orang "usaha tangga kejayaan" yer dak?
so eiyqa dah ambil keputusan untuk mohon ke tingkatan 6 sains dan ambil STP
di Sekolah menengah biasa..

"eiyqa,STP susah la!! memang pening kepala awak nanti"
"takpelah..kita tak boleh mengalah selagi belum cuba..orang lain boleh knp aku tak?"

jadi selepas ni eiyqa nak focus untuk STP!!doakan eiyqa :)
facebook ?? blog ?? herm...
mungkin korang akan nampak eiyqa update blog dan online facebook sebulan sekali haha!
yelah eiyqa kena tumpukan perhatian betul2..tak kan nak kesilapan berulang lagi kan

apa pun eiyqa akan tetap kejar impian yang satu! I WANT TO BE A DOCTOR !!
kita tak boleh putus asa dan teruskan berusaha
tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu ^^

so mulai sekarang susah lah korang nak jumpa eiyqa hehehe....
focus straight A untuk STPM pula! insya-Allah..

p/s : baju sekolah? buku sekolah? cikgu? alamak...eiyqa kembali lagi ke zaman sekolah wee!!

No comments: