Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Wednesday 1 February 2012

tips tarik minat pembaca ke blog


Ok . Hari ini aq nak teruskan dengan tips blogging yang mungkin menarik minat korang kot . Bagi yang tak berapa nak berminat dengan entri kali ini .. Silakan tekan pangkah laju-laju di bahagian tab anda sekarang . Terima kasih :)

Ok . Dengan pantas dan seringkasnya , aq akan berikan sedikit tips untuk menarik pembaca ke blog kita . Oh yeah .. Siapa yang tak nak orang lain masuk untuk menatap setiap isi yang kita sampaikan kan ? Kecuali lah orang tu buat blog semata-mata nak luahkan perasaan nya sengsorang . Pastu PRIVATEkan blog . Ahaa .

Kita buat blog sebenarnya untuk menyampaikan informasi kepada pembaca bukan buat blog hanya untuk santapan mata kita seorang je kan ? Baik beli buku diary yang wangi2 tulis semua kat situ . Boleh jugak dijadikan kenangan . kehkeh =)

Ok . aq tak nak membebel panjang lagi . Lyssa akan terus masuk dengan tips ringkas yang akan aq berikan di bawah ini :



1. Tajuk yang "SUPERPOWER"

Ok . Apa yang dimaksudkan dengan "superpower" ni ? Eh . Jangan salah anggap pulak . Superpower ni bukan yang Super Power Kacip Fatimah yang mak - mak korang minum tuu . Bukan . hehe . Maksud aq dekat sini Tajuk korang mesti lah gempak dan kreatif supaya pembaca akan tertarik untuk baca isi di entry korang  tu .

Sebab tajuk entry pun memainkan peranan yang agak penting lah untuk menarik pembaca ke blog . Ok , dekat sini aq kasi satu contoh lah . Misalnya , kalau entry korang bertajuk " Makanan Kegemaran Saya" . Agak - agak ramai tak pembaca yang nak baca berbanding dengan entry yang bertajuk " Chicken Chop Paling Enak Yang Pernah Aku Makan " .
Mana agaknya yang menarik korang untuk baca ? HEHE .

aq pun kadang - kadang tu , banyak jugak menghabiskan masa memikirkan tajuk yang sesuai daripada isi yang sepatutnya disampaikan . Agak kelakar di situ . Sepatutnya . Isi yang mengambil masa yang lama . Ni takk . Terbalik pulak . hekhek . Tapi .. amaran keras ni ! Chewahh . Jangan pulak bagi tajuk yang TERLEBIH SUPERPOWER . Tapi , entry nya . Alahaii . Satu pun tak de kaitan . hekhek . Marabahaya namanya tuu .



2. Ayat disusun secara rapi BUKAN berapi - rapi !

Cuba korang belek balik entry korang yang lepas - lepas . Ayat yang disusun rapi ke , ayat yang berapi - rapi ? HAHA . Bila aq belek balik entry aq yang zaman dulu kala tu . Nak tergelak pun ada bila baca balik . Banyak dengan entry yang berapi - rapi . hekhek . Tapi lama - kelamaan aq sedar . Kita kalau nak tulis ayat mesti ok . Perkataan perlulah ditulis dengan penuh - sepenuh penuhnya . Bagi yang suka tulis secara singkatan . Tolong elakkan .

Contoh :

"Aq gileww ske blog aq sbb blog aq len dr yg len".

Apa tu ? uhuk . aq tahu lah korang paham dengan bahasa yang sedemikian . Tapi , kalau boleh cubalah elakkan ye . Sebab pembaca blog bukanlah dikategorikan dengan remaja sahaja . Tak . Pembaca blog terdiri daripada semua peringkat umur . Jadi , tolonglah disiplinkan diri korang dengan menaip entry dengan kata-kata dan perkataan yang sesuai ye.


3. Isi artikel yang bermanfaat 

Perkara tentu ramai yang sudah tahu . Nak tulis entry atau artikel biarlah yang bermanfaat . Tak kira lah blog tuh , blog personal ke , blog yang penuh dengan informasi ke . Asalkan bermanfaat kepada semua . Bagi yang suka menceritakan hal peribadi , selitkan dengan pengajaran atau apa2 je lah yang berkaitan . Baru orang suka dan lebih tertarik untuk masuk ke blog korang . HEHE . Tak gitu ?


Sekian :) Happy Blogging yeah (!)

No comments: