Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Wednesday, 8 February 2012

memetik kesetiaan disebalik kelalaian

 monolog hati berbicara 



Dari puncak gunung pandangan matanya melebar ke segenap dataran yang luas terbentang..
dataran yang kaya dengan flora dan fauna anugerah Tuhan.
Rongga dadanya segar menghirup udara dari puncak..
di sudut itu dia memikirkan tentang agama yang disayanginya..
agama yang dianutinya..ramai yang telah lupa!
ramai yang mengaku masih beriman tetapi terpesong dari amalan..
jika kita mempunyai teman kemudian berlalu pergi dan tidak setia lagi,
bagaimanakah perasaan ini?
pasti hati akan bersalut perasaan marah dan sedih..sedih memikirkan teman tidak setia lagi!
namun andai kita lupa pada Islam,Allah sesekali tidak akan rugi dan bersedih kerana janji Allah itu pasti!
Islam tetap tertegak suatu hari nanti biarpun kini mata initidak sempat melihat kemilau cahaya menerangi seluruh alam..
biarpun kini terasa sukar cita2 itu untuk digapai,pasti Allah menggantikan golongan yang lalai ini dengan golongan yang memiliki hati jitu untuk bangkit menerima obor islam..
golongan ini juga mencintai Allah dan Allah juga mencintai mereka..
islam yang indah dapat diamalkan sepenuhnya..dunia ini akan dibanjiri dengan kasih sayang kepada pencipta dan sesama makhluk..
tiada yang menindas dan akan ditindas..dunia dilimpahi rahmat yang berpanjangan..
saat itu akan terpadamlah api marak kejahilan yang meratah minda umat islam..
tiada lagi nista menghina agama ALLAH ini...
seluruh alam akan bersatu untuk berlindung dibawah redup kasih-Nya...


nasihat Imam Abu Hanifah tentang kehidupan
   jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan
   jangan pula tamak dan berdusta bahkan hendaklah menjaga maruah
  sentiasa menghormati dan meminta maaf kepada guru/pendidik
  sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat2 berkat
  bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam
  jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain
  bersegera ke masjid setiap kali mendengar azan
  jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan
  bencikan perkara yang hina disisi orang berilmu
  janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan




No comments: