Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Wednesday 8 February 2012

INGAT!! IA SEMAKIN HAMPIR!!!

fantasi vs realiti....
filem yang dihasilkan oleh pihak barat benar2 meninggalkan kesan pada penduduk dunia..bukan sahaja dalam kalangan barat tetapi juga orang islam itu sendiri...

gambaran daripada al-Quran tentang HARI KIAMAT!!

Allah swt berfirman yang bermaksud:
"dan apabila bulan hilang cahayanya.dan matahari dan bulan dihinpunkan bersama."(surah al-Qiyamah 75 :8-9)

"apabila bintang2 telah dihapuskan.dan apabila langit terbelah.dan apabila gunung ganag dihancurkan dan berterbangan" (surah al-Mursalat 77 : 8-10)

"sesungguhnya hari pemutusan hukum itu adalah satu masa yang ditentukan.. iaitu hari ditiup sangka kala..lalu kamu (bangkit hidup) serta datang secara berkumpulan dan pada masa itu langit dibuka,maka terdapatlah beberapa pintu dan gunung ganang yang diterbangkan di angkasa..lalu ia menjadi seperti debu yang berterbangan."(surah al-Naba' 76 : 17-20)

PETANDA HARI KIAMAT!!

petanda besar
1)keluar asap yang mengakibatkan penyakit
2)muncul dajjal
3)keluar dabbah
4)matahari terbit dari arah barat
5)gempa bumi di timur,barat dan semenanjung arab
6)nabi Isa a.s turun ke bumi
7)muncul yakjuj dan makjuj
8)api besar yang akan membawa manusia ke padang mahsyar

petanda kecil
1)anak derhaka kepada ibu dan ayah
2)wanita tidak berpakaian dengan sebenarnya
3)membela orang yang melakukan kesalahan
4)masjid didirika hanya untuk bermegah-megah
5)manusia berbangga melakukan dosa
6)hiburan dan zina berleluasa dalam kalangan masyarakat
7)banyak fitnah,gossip,dusta dan pembohongan yang disampaikan

apa tunggu lagi..??mari kita siapkan diri!!
-bersihkan diri dan hati..bersiap sedia untuk bertaubat
-memperkemaskan ibadah fardhu
-"taqarrub ila ALLAH" dengan menghadiri majlis ilmu dan memperbanyakkan lagi ibadah kepada ALLAH
-menjaga hubungan manusia terutama kepada ibu dan ayah
-menguruskan hal dunia sama ada belajar,berkerja dengan tidal melupakan akhirat
-membuang segala sifat mazmumah dan berusaha meraih sifat mahmudah

"ingat mati maka beramal baiklah,ingat dunia maka berkerjalah" :))

No comments: