Ensiklopedia Doktor Chenta

Saturday, 4 February 2012

boleh buat maksiat,dengan syarat.....

hyep si kachak dan si chumill....!
salam mulidur rasul cik eiyqa ucapkan....
sebelum memulakan entry kali ni marilah kita sama2 berselawat keatas junjungan kita
Nabi Muhammad SAW
:Allahumma Solli Wa Salim 'ala Saidina Muhammadin Nabiyyil Ummiyi Wa 'ala Alihi Wa Sohbihi Wa Salim..:

ok all....tengok tajuk entry cik eiyqa kali ni macam tragis jewp an hehehe...
cik eiyqa saje nak posting entry ni
untuk renungan semua
disamping cik eiyqa mendapat ganjaran pahala,insyaAllah :)

ok berbalik kepada tajuk kita...
dalam kitab al-tazkirah fi ahwal al-mawta Umur al-Akhirah oleh imama al-Qurtubi
diceritakan berkenaan seorang lelaki dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat,iaitu Ibrahim Adham..
beliau bertanya,apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat?
lalu dijawab oleh Ibrahim Adham...
"kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:"

jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang makan rezeki Allah derhaka pada Allah..

 jangan kamu tinggal dibumi Allah kerana tidak layak orang tinggal dibumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNya...

 buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak akan nampak kamu..

 sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawa,maka katakan kpd malaikat maut untuk menangguhkan sedikit mas lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat..

 sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka,maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya...

setelah mendengar kata2 tersebut,lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah melakukan maksiat kepadaNya...
akhirnya lelaki itu menemui jalan hidayah..dia bertaubat kepada Allah dengan bersungguh2..sejak itu dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh..

kalau korang nak tahu..atas dunia ada 3 golongan manusia taw! ^^

1)hidup demi dunia semata-mata
Allah berfirman yang bermaksud "dan tentu mereka akan mengatakan (pula) :'hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja,dan kita sesekali tidak akan dibangkitkan." (surah al-an'am 6:29)
golongan ini ialah golongan yg kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan..

2)golongan yang mempercayai kewujudan akhirat namun....
mereka tidak berusaha kearah mencapai kebahagiaan "disana"..mereka selamba bersuka ria dan berhibur didunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagian di akhirat..

3)golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat
mereka akan menanam disini dan menuai di akhirat kelak...dan Allah berfirman yang bermaksud "dan tiadalah kehidupan didunia ini selain dari gurau senda dan main2 belaka.Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa.maka tidakkah kamu memahaminya?" (surah al-an'am 6:32)

 dimana agaknya kita?sudah bersiap sediakah kita untuk menempuhi saat2 berjumpa maut??bersedialah kerana malaikat maut sentiasa memerhatikan gerak geri kamu dan nyawa kamu boleh dicabut pada bila2 masa2 sahaja...
tepuk dada,tanya iman.. :))


2 comments:

e'ka zulaikha said...

Salam Maulidur Rasul :)

done following u! vote for me, ya? diz is the link;
http://ekazulaikha21.blogspot.com/2012/02/love-my-teddy-bear-contest-d.html

GEMUKituMENARIK said...

haipp . thanks for the info (=