Ensiklopedia Doktor Chenta

Wednesday, 22 February 2012

bertudung?belum sampai seru lagi...

dulu mungkin eiyqa si pinky
tapi sekarang dunia blogger ku sudah berbeda....
eiyqa si purplicious! ada bantahan ??

dari blog eiyqa yang pink2 gituh sekarang dah bertukar selera ke ala2 purple gituh
biarlah tak cantik pun tapi aku puas hati....

tak sampai dua puloh pat jam eiyqa guna background star violet yang cukup stylo tuh
eh2 pandai pulak mamat ni nak komplen dekat chatbox eiyqa ea


hello...bila masa eiyqa tiru blog awak eak cik ilham...
blog awak tuh pun sy yang editkan thats mean idea hiasan ni sah2 milik eiyqa ye dak?hahaha
tapi takpelah,kawan punya pasal eiyqa transform blog eiyqa ni
dengan wajah yang baru!

werk!lagi bagus la dari blog ko la ilham hehe....

ok stop! makin jauh pula eiyqa merapu ni ye...ok lah berbalik kepada tajuk kita
"bertudung?belum sampai seru lagi...."

Menutup aurat .. Apakah perlu menutup aurat ni tunggu seru atau hidayah dari Allah mahupun bila dah sampai masa , g haji kemudian tunaikan haji , balik .. tutup abis.. The End ! Eh ?? Lagu tu ka ??

Ada ke patut dia boleh pk gini ..
“ Nak pakai tudung , kena ikhlas dari hati .. Kalau takat main main tu dik , toksah la kan ?”
Kemudian dikaitkan pulak ada perangai mereka yang konon menutup aurat tapi hati tak bersih , mulut jahat.. Adoi.. cam tu ke pemikirannya ? Alahai… singkatnyaa … Setiap perbuatan ada balasannya.. Takkan tak tau tu kot ?

Bayangkan la anak kita satu hari nanti yer , berbicara begini dengan maknya …
“ Mak ! Adik taknak g sekolah laaa .. “
“ Laaa.. kenapa pulak ??  Kang adik tak g sekolah , adik tak pandai membaca.. Haa.. Nanti adik tak bijak .. “
“ Adik tak ikhlas nak g sekolah. Nanti g sekolah , kacau orang jer .. Lagi susah kan ? Baik duk umah jer .. main game .. “
“ Haih .. mana boleh gitu .. Nanti adik tak pandai membaca , malu kat kawan kawan tu .. “
“ Ala mak .. mak pandai dah membaca kan ? Kalau mak pandai baca , mesti mak dah tau pasal agama kan ? Kenapa mak tak tutup aurat ? Haaa …Ustazah bagitau kat kelas ari tu , orang Islam kena tutup aurat tau .. Wajib hukumnya. Suka ke tak ke.. Ikhlas atau tidak , tutup ke tutup. Bab hati tu , antara kita dengan Allah. Yang penting , kita ikut arahanNya. Macam adik la kena ikut arahan mak .. Takat malu ngan kawan ,  tak pe la mak ? Mak tak malu dengan Allah ke ? “

Bayangkan anak kita nanti membalasnya gitu gara gara minum susu Anmum atau susu susu yang kasi cerdas otaknya.  Kecik kecik dah pintar kan ? Mak jugak kena smash !

eiyqa rasa , cukup la kot nak cerita bab wajib atau ikhlas ni. Toksah menipu diri sendiri . Perintah Tuhan , wajib kena ikut. Ikhlas atau tidak , cerita kat akhirat nanti . Yang penting , tunaikan .. Setiap apa yg kita buat , ada ganjarannya samada pahala atau dosa.

No comments: