Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Sunday, 12 February 2012

baik ke calon suami aku ni?

penat nye hari ni....maklumlah hari eiyqa bersemangat mengemas rumah hehehe...
habis semua benda eiyqa nak kemas kan....
rasa macam nak tidur je..
tu la dia cik eiyqa...kalau dah rajin tu rajin sangat tapi kalau time malas mintak ampun sangat...
tolonglah jangan suruh eiyqa buat apa2 time malas tu hehehe! 


ok lah hari ni eiyqa nak share kan satu topik terbaik punya!
topik ape...?


    CIRI-CIRI CALON SUAMI YANG BAIK

Hamboi eiyqa..bukan main lagi tajuk posting ko kali ni ye dak..?
awalnya cakap bab2 kahwin ni..nak kahwin sangat dah ke eiyqa.......??


ops! hehehe....janganlah anggap macam tu..ni semua adalah langkah persediaan..
bak kata pepatah
sediakan payung sebelum hujan ok ^^


1)mempunyai pengamalan agama yang kuat
 mestilah seorang yang menjaga agama,tutup aurat...kira lengkap lah bab2 asas agama ni...
bukannya nak cari yang alim sangat kan...tapi sekurang2nya tahu basic agama tuh..
tapi kalau dapat yang alim lagi bagus!boleh la bimbing korang kan...


2)mempunyai akhlak terbaik
ketegasannya nyata tetapi sebenarnya seorang yang lemah lembut dan lebih bertolak ansur...
bertutur juga menggunakan perkataan yang sopan...
so boy jaga ok! :))

3)tegas mempertahankan maruahnya 
jangan ingat perempuan je yang perlu menjaga maruah...begitu juga dengan lelaki...
maksudnya disini adakah dia pernah pergi ke tempat yang boleh menjatuhkan maruahnya.....?

4)amanah orangnya 
selidik!adakah dia pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya ataupun pernahkah dia menyalahgunakan kedudukannya...

5)bukan seorang yang boros 
ops! jangan salah faham....dia bukan lah seorang yang kedekut tetapi dia seorang yang tahu membelanjakan wang dengan bijaksana..

6)matanya tidak liar 
lelaki tersebut mestilah boleh menjaga pandangannya...
sekiranya dia tidak boleh menjaga pandangannya sudah terbukti bahawa dia adalah seorang mata keranjang...

7)terbatas pergaulannya 
 tidak mengamalkan gaya hidup bebas...
seorang yang tidah mudah terpengaruh dengan gejala sosial...dan pandai dalam memilih kawan....


8)seorang yang bertanggungjawab
rasa tanggungjawab dapat diukur melalui sikap dan etikanya dalam keluarga..
mungkin korang boleh bertanyakan tentang si dia melalui keluarganya
bagaimana sikapnya di rumah...


ok lah thats all for today....tup2!! dah 12.30 tengahari!!
masa untuk layan sinetron cinta fitri^^
ni lah penyebab wink2 eiyqa mengomel...asyik layan cerita indon aja kamoo ni hehehe.... :))
peace^^

1 comment:

Anonymous said...

btol3x.. =)