Mungkin ada di antara korang semua, tertanya-tanya mengapakah sejak akhir-akhir ini, eiyqa kurang masa untuk buat entri didalam blog ini bukan? Untuk pengetahuan korang semua, eiyqa bukanlah sudah tiada hati untuk berblogging, tetapi hati eiyqa untuk berblogging, semakin menurun sebab ketiadaan idea. Hehehehe.
Ok. Kali ini aku ingin berbincang dengan korang semua selepas SPM nak buat apa? Adakah korang semua akan bekerja dahulu selepas tu, akan sambung belajar? Ataupun korang akan bekerja terus tanpa belajar?
Kebanyakkan rakan-rakanku rata-ratanya terutamanya yang berbangsa cina, mereka akan terus bekerja. Bila di tanya mengapa, mereka katakan apa guna belajar, kalau dah tak minat lagi? Lagipun, kalau lu belajar tanpa minat, buat habis masa dan wang mak bapa je la.
Hurmmm, aku rasa betul juga beb. Sebab minat untuk belajar tu penting. Tanpa minat dan suka terhadap sesuatu, bolehkah sesuatu matlamat itu tercapai?
Ada juga rakan-rakanku, selepas SPM, mereka akan belajar. Tetapi mereka buat itu semua disebabkan ibu bapa dorang. Yelah, mereka tak mahu jadi seorang anak yang derhaka terhadap ibu bapa mereka. Erkk macam terkena pulak aku ni. Hehehehe. Sebenarnya, selepas SPM, aku memang dah tak ada niat untuk sambung belajar. Kalau boleh aku nak terus bekerja.
Rata-rata ramai kawan-kawan aku sekarang ni apabila sudah mencapai umur 21 tahun mereka sudah mempunyai kereta dan motor hak milik mereka sendiri. Tapi aku masih tetap sama sahaja. Bila orang tanya, dah bekerja ke? Ahhh aku jawab, masih belajar lagi. Damn.
Tapi aku tak kisah tu semua. Sebab hanya tinggal lagi setahun sahaja aku akan habiskan zaman pembelajaran aku ni. Selepas itu, aku berfikir, aku mahu duduk rumah sahaja, dan habiskan masa-masa aku ni dengan berblogging. Iaitu jadi budak blog sepenuh masa. T____T
Ni nasihat aku untuk semua pelajar-pelajar SPM. Kalau korang dah habis ambil peperiksaan SPM nanti, cuba cari apa-apa pekerjaan untuk mengisi masa yang terluang tu waktu cuti. Then, bila dah dapat apa-apa tawaran ke mana-mana universiti, fikir-fikirkanlah. Kalau korang ada minat lagi untuk belajar, teruskan. Kalau dah tak minat, jangan teruskan. Sebab masa itu emas. Hargailah masa anda.
Mengapa perlu belajar? Belajar itu memanglah suatu perkara yang amat mulia. Kalau kelulusan korang setakat SPM, adakah korang rasa dalam Malaysia ni, tiada pekerjaan untuk korang? Hey. Jangan ingat setakat SPM, korang akan bekerja di kilang-kilang sahaja ya. Ada je kawan-kawan aku boleh bekerja di syarikat-syarikat besar. Ada je yang boleh bekerja di bank.
Ahhh bebel panjang-panjang pun apa guna. Itu hanyalah pendapat aku je. So apa korang punya pendapat ek?
No comments:
Post a Comment