Lama tidak menjeguk bahagian “tentang persahabatan” rasanya saat ini eiyqa berpelung berkongsikan beberapa panduan bagaimana cara untuk mengambil hati kawan. Kawan waktu kita susah agak sukar di cari lebih-lebih lagi jika kita berada dalam kesukaran mengharungi kehidupan, manakala kawan untuk bersuka-ria sebaliknya begitu mudah untuk di cari ganti.
Bagaimana pula ingin mencari kawan atau sahabat yang setia pada kita? Perlukah kita menabur wang pada dia baru dia mengikuti kehendak kita. Oh tidak sama sekali. Jangkaan eiyqa pasti hubungan anda dengan rakan tersebut tidak akan bertahan begitu lama.
Apa panduannya ayuh kita selongkar bersama-sama.
- Bantulah kawan anda sekiranya dia benar-benar kesempitan wang. Contohnya ingin membayar wang pengajiannya ataupun menghulurkan bantuan dari segi makanan atau pakaian. Mungkin hari ini dia susah mana tahu akan datang giliran kita pula. Tidak salah kita saling membantu atas niat yang ikhlas pasti akan mendapat ganjaran yang baik kelak.
- Kawan yang baik adalah kawan yang bijak mengambil tahu hal berkaitan dengan kesihatan rakan baiknya. Jika selalunya kawan anda riang tapi kini berduka ia menggambarkan seolah-olah kehidupan anda bersama rakan kurang ceria. Seperti adanya tidak kena pada saat itu. Dan anda sebagai rakan baiknya anda akan segera membawa dan menemankan dia ke hospital sebab anda tahu tanpa dia pasti kehidupa kalian berdua akan hambar. Tanpa gelak-tawa pasti sayu dalam bilik or usikan itu bukan huhu..
- Menjaga hati kawan juga perlu di ibaratkan kita mencubit atau menampar peha kiri peha kanan jua akan terasa ngilunya jika ia cubit berselang-seli. Ibarat hati kita pelru dijaga begitu juga hati rakan sebaik-baik rakan dia tidak akan sesekali melukakan hati rakan baiknya sendiri. Kawan yang baik tidak akan memburukkan kawannya dihadapan kawan-kawan yang lain. Sebaiknya keaiban rakanya itu di simpan sekemasnya ibarat menutup mulut dalam ada emas hee. Bukankah mencerita keburukan rakan pada orang lain amalan itu amat di murka oleh Allah s.w.t. apatah lagi para Rasul kita.
- Jika kita menyukai orang lain menghargai kita apatah lagi rakan kita. Gembirakan hati rakan anda seperti meraikan hari lahirnya dengan mengadakan majlis makan-makan sesama rakan. Pasti kenangan yang tercipta akan sentiasa tersemat didalam hatinya. Lebih-lebih lagi sekiranya perpisahan terjadi segala memori yang lalu akan mudah terimbas di benak masing-masing. Bak pungguk rindukan bulan saat itu mulalah kuntuman rindu mula berlegar-legar di fikiranmu heee..
- Jadilah seorang yang pemaaf sebab tanpa sifat ini pasti keakraban anda dengan kawan akan mudah merenggang. Sebenarnya tidak kira hubugan apa yang anda bina dengan seseorang meskipun hubugan kekasih semasa kekasih, hubungan dalam perniagaan semuanya memerlukan maaf. Tanpa ungkapan maaf pasti akan ada kediginan sepanjang hubungan tersebut berlangsung. Percayalah jika salah seorang dari anda agak tegar atau sukar menggungkapkan kata maaf pasti hubugan yang dibina akan membuatkan rakan atau sahabat akan jemu dengan sikap anda seolah-olah andalah seorang yang terbaik dalam membuat kata putus. Orang lain anda menganggap salah di hadapan mata anda sendiri.
Banyak point boleh dibicarakan namun diatas hanyalah isi-isi yang penting sahaja. Hakikatnya tanpa kawan kehidupan akan sunyi., Jika tersilap pilih kawan kehidupan akan hanyut pula. Dari itu pilihlah kawan dengan sebaiknya, jangan kawan makan kawan sudahlah heeee.
No comments:
Post a Comment