Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Monday 30 January 2012

tatkala manusia ditelan dek zaman

ping pong hahaha!!
aish2 ape kes dengan tajuk terbaru eiyqa tuh...?
hari ini eiyqa laju-laju kan tangan eiyqa nak meluahkan segala pandangan yang terkubur selama ini
korang perasan tak sekarang ni dah pelbagai tanda2 yang pelik berlaku
tanda2 pelik...?
pernah tak korang terfikir bahawa kiamat semakin hampir..?

u all..today eiyqa teringin nak posting tentang tanda2 kiamat..
mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga ada yang mengata eiyqa dibelakang tabir
itu semua hak masing2 dan niat eiyqa menulis semua ini hanya sekadar peringatan dan renungan bersama

peace..^^

tanda-tanda kiamat 

Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly

Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran),  Quran dilagu - lagukan dan  dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan  hiasan dinding.

Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'

Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.

Cukai ditinggikan.

Banyak berlaku homoseks dan lesbian.

Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis,  Aids da lain - lain.

Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan mereka mengguna alat  perancang keluarga.

Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.

Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli  jema'ah  dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.

Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai  rumah  tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.

Banyak berlaku gempa bumi.

Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.

Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan  lain - lain.

Banyak berlaku rasuah.

Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi  Wasallam.

Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak  taat  suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )

Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa  pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)

Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.

Sembahyang ditinggalkan.

Banyak bangunan  tinggi mencakar langit.

Orang jahat jadi pemimpin.

Tidak amanah dan zalim.

Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.

Perkara haram dihalalkan.

Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.

Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.

Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.

Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.

Arak jadi minuman seharian (rasmi).

bukankah semua tanda-tanda diatas sudah pun ada??renung2 kan lah...dan buat semua readers eiyqa, eiyqa ada santapan buat korang semua...  :))

Kekadang kita minta daripada Allah setangkai bunga segar
Ia beri kaktus berduri
Kita minta kupu-kupu
Diberi ulat berbulu
Kita sedih dan kecewa

Namun kemudian
Kaktus itu berbunga
Indah sekali!
Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu
Cantik sekali!

Itulah jalan Allah
Indah pada masanya

Allah tidak memberi apa yang kita harapkan
Tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan

Kadang kita sedih
Kecewa, terluka
Tetapi jauh di atas segalanya
Dia telah mengatur yang terbaik dalam hidup kita

Sesungguhnya percayalah akan janji Allah kepada orang-orang yang beriman
Semoga kita di beri kekuatan untuk terus beriman kepadaNya..

1 comment:

CikTeddyCorner said...

kiamat smkin mngahmpiri ..