ping pong hahaha!!
aish2 ape kes dengan tajuk terbaru eiyqa tuh...?
hari ini eiyqa laju-laju kan tangan eiyqa nak meluahkan segala pandangan yang terkubur selama ini
korang perasan tak sekarang ni dah pelbagai tanda2 yang pelik berlaku
tanda2 pelik...?
pernah tak korang terfikir bahawa kiamat semakin hampir..?
u all..today eiyqa teringin nak posting tentang tanda2 kiamat..
mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga ada yang mengata eiyqa dibelakang tabir
itu semua hak masing2 dan niat eiyqa menulis semua ini hanya sekadar peringatan dan renungan bersama
peace..^^
tanda-tanda kiamat
Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly
Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran), Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding.
Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'
Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
Cukai ditinggikan.
Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis, Aids da lain - lain.
Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan mereka mengguna alat perancang keluarga.
Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.
Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.
Banyak berlaku gempa bumi.
Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.
Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan lain - lain.
Banyak berlaku rasuah.
Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)
Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.
Sembahyang ditinggalkan.
Banyak bangunan tinggi mencakar langit.
Orang jahat jadi pemimpin.
Tidak amanah dan zalim.
Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
Perkara haram dihalalkan.
Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.
Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
Arak jadi minuman seharian (rasmi).
bukankah semua tanda-tanda diatas sudah pun ada??renung2 kan lah...dan buat semua readers eiyqa, eiyqa ada santapan buat korang semua... :))
Kekadang kita minta daripada Allah setangkai bunga segarIa beri kaktus berduriKita minta kupu-kupuDiberi ulat berbuluKita sedih dan kecewa
Namun kemudianKaktus itu berbungaIndah sekali!Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupuCantik sekali!
Itulah jalan AllahIndah pada masanya
Allah tidak memberi apa yang kita harapkanTetapi Dia memberi apa yang kita perlukan
Kadang kita sedihKecewa, terlukaTetapi jauh di atas segalanyaDia telah mengatur yang terbaik dalam hidup kita
Sesungguhnya percayalah akan janji Allah kepada orang-orang yang berimanSemoga kita di beri kekuatan untuk terus beriman kepadaNya..
1 comment:
kiamat smkin mngahmpiri ..
Post a Comment