Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Wednesday 18 January 2012

cara2 untuk tenangkan diri bila PUTUS CINTA!

hai2! assalamualaikum ^^...ok hari ni dekat wall fb aq mmg banyak yang update status dan kebanyakkannye berkaitan dgn putus n frust menonggeng dalam dunia chenta nih kan..tapi xpe2..jangan gelabah lagi okaip..teruskan membaca entry yang aq taip ni untuk dapat lebih banyak tips yang mungkin korang boleh follow :)

 eh2 sebelum tu,KLIK SINI kejap ye..bukan susah pun,juzt klik..thanks :)

1. Jangan Hubungi Pasangan Anda

Jangan call, sms, e-mail atau apa-apa cara sekali pun. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.


2. Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda

Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.


3. Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja

Masalah cinta anda perlukan seseorang yang betul-betul rapat dan memahami anda. Dia mesti seorang yang betul-betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda.



Cinta datang dan pergi..Carilah CINTA SEJATI!
4. Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan

Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perlukan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan, anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.


5. Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan

Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda. Ia mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah, kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.



Berpisah

6. Kembali kepada-Nya

Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.
Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allahanggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

7. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat


Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

8. Buang semua tentang si dia

Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.


berkecai hati

9. Sibukkan diri

Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

10. Muhasabah diri

Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

11. Berkawan dengan ramai orang

Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.



La Tahzan..


Ayuh sahabatku! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.ameen. :D


 ok sekarang ni dengan penuh rasa bangga aq nak sentuh sikit tanggungjawab korang sebagai  blogger yang bertauliah ye hehehe...


*Perkara penting . NOTE IT !

# Jangan lah korang menyebarkan aib saudara seagama . 
# Jangan kerap melakukan tomahan , cacian kepada pihak yang lain di dalam blog .
# Janganlah menulis entry tanpa usul periksa dan bukti yang sahih .  (mengundang bahaya!)
# Lebihkan entry yang penuh dengan info yang berguna . 
# Elakkan membuat blog hanya untuk menghentam pihak lain secara sembunyi .
# Jadi lah blogger yang celik akal fikirannya !  


Last but not least , maju lah diri sebagai blogger yang berjaya ! Peacee ^_^v

2 comments:

krazylenglui said...

Ya Allah, terima kasih ye, tips ni sgt2 membantu sy. betul sume tu, skrng cm tgah byk sgt pkir, just beli smething utk sejuk kan hati :)

YUSLAIKHA RUSMI said...

lalink!! haha..smua tips yg mu bg memg btui..smua tu aq dh buat dlu...skunk aq hdup bhgia...dy plak yg cri aq...btw,aq xkn jilt bila dh ludah kan..tp kalau jodoh satu hri nty nk bt cmne..tu semua ketentuan illahi...mantop geng...tayang kamooo!!!!